"Stuck dalam kepala lagu ni wey"

Itu antara reaksi yang diberikan pendengar selepas menonton video muzik lagu Perodua Axia yang dinyanyikan oleh empat bintang Big Stage 2019.

Lagu yang disifatkan sebagai catchy itu dinyanyikan oleh penyanyi yang semakin meningkat naik namanya, Irfan Haris, Adzrin, Fieya Julia dan Dinda Permata.

Sehingga kini, lagu tersebut sudah mencecah lebih 66,000 tontonan di saluran Youtube Perodua.

Namun, di sebalik paduan suara empat penyanyi muda itu, apa yang menarik perhatian adalah model kereta jenis Perodua Axia yang digunakan dalam pembikinan video muzik berkenaan.

Lebih mencuri tumpuan ialah model Axia Style yang digunakan oleh empat penyanyi tersebut.

Ramai yang perasan bahawa rekaan luaran dan dalamannya memang stylo habis!

Lebih-lebih lagi apabila kereta kompak tersebut didatangkan dengan rekaan gaya dan wajah baru yang diinspirasikan daripada kenderaan utiliti sukan (SUV).

Varian terbaru itu tampak lebih rugged sesuai dengan personaliti anak muda!

Bahkan, Perodua Axia Style kini didatangkan dengan bumper hadapan dan belakang yang lebih lasak, spoiler dan rim 15 inci selain pilihan warna vibrant, Jingga.

Model terbaru tersebut sememangnya memenuhi cita rasa anak muda yang sentiasa mahu tampil bergaya dalam kehidupan harian.

Sesuai dengan tagline Stylish, Inside and Out, ini 5 ciri menarik yang anda perlu tahu mengenai model Perodua Axia:

1. Didatangkan dengan butang push start
2. Dilengkapi Advance Safety Asisst (ASA 2.0)
3. Sistem multimedia dengan fungsi navigator
4. Dilengkapi kamera undur pada bahagian belakang
5. Jimat petrol

Bagi mereka yang baru masuk ke dunia pekerjaan, bujang atau pelajar universiti, memiliki kereta Perodua Axia memang satu pilihan bijak!

Mana tidaknya, Perodua Axia bukan sahaja didatangkan dengan rekaan moden dan stylo, model tersebut turut dilengkapi ciri-ciri keselamatan pada harga mampu milik.

Perodua Axia didatangkan dengan harga bermula RM24,090. Jadi, tunggu apa lagi, kunjungi ruang pameran Perodua berdekatan anda sekarang.