Pada satu entri, Norman Hakim membuat keputusan untuk menutup Instagramnya kepada umum. Beliau ingin menghadkan jumlah pengikut pada 786 ribu orang sahaja.

"Nampaknya yang terkini followers saya ada 785K. Cecah je 786K sya terus nak go private untuk IG saya ni," tulis Norman.

Menurut Norman tidak ada apa-apa signifikasi tentang nombor 786K itu, sekadar nombor yang dia suka dan tidak ada kena mengena dengan apa jua kepercayaan.



"Ini 'negara' saya, 'rakyat' saya yang saya sayang sangat-sangat. Takut kalau ramai sangat saya tak mampu nak jaga. Nanti macam-macam kena 'menjawab' dengan-Nya kat 'sana'.

"Biar sekadar 786K, tapi yang boleh saya sayang dan sayang saya dan doakan saya sekeluarga sepanjang masa. Itu kualiti yang saya cari," tulis Norman lagi.

Tambah beliau lagi, selama mana dia akan private kan Instagramnya bergantung kepada suara mereka yang ada di dalam Intagramnya itu.

"Yang tak nak jadi 'warganegara' saya, ampun maaf kalian boleh unfollow supaya boleh dimanfaatkan 'kuota' kepada yang lebih memerlukan.

Kredit Gambar: Instagram