Pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan, antara 20 usahawan yang dipilih menerima anugerah bagi kategori Wanita Dalam Perniagaan di majlis 100 Top Young CEO, anjuran Ikon Malaysia yang berlangsung pada malam Selasa.

Che Ta turut menganggap pengiktirafan tersebut sebagai pembakar semangat untuk dia terus berusaha melebarkan empayar perniagaannya.

“Sememangnya bukan mudah untuk saya menggalas tugas sebagai isteri, ibu dan ahli perniagaan pada masa sama. Saya juga terbabit dalam bidang seni.

? @ammareffendy @aniqezra . . Alhamdulillah untuk award ni ? . #tyc2019 #topyoungceo2019 #byrcw #rozitachewan #cheta #rcw #ceo #entrepreneur #womaninbussiness . . ? @kasihcicie . ? @syafieq_ayman ? @blackpepperproduction

A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1) on

“Justeru, anugerah ini pastinya mendorong saya untuk berusaha lebih kuat dalam melebarkan empayar perniagaan dan mencari rezeki untuk keluarga,” katanya.

Kata Che Ta, anugerah dimenangi dalam bidang perniagaan juga boleh dianggap sebagai galang ganti kepada kegagalannya meraih trofi di arena seni.

“Sudah lebih sedekad saya membabitkan diri dalam lakonan dan setakat ini, belum ada rezeki untuk saya menang sebarang anugerah.

“Saya hanya berpeluang menjadi calon akhir beberapa acara seperti Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 25, Anugerah Skrin dan Anugerah Sri Angkasa.

“Saya masih ingat, pada ABPBH 2011, saya bersaing dengan nama besar seperti Fasha Sandha, Tiz Zaqyah, Scha Alyahya dan Nora Danish dalam kategori Pelakon TV Wanita Popular. Ketika itu, rezeki berpihak kepada Fasha. Namun, ia tetap menjadi kenangan manis untuk saya.

“Jadi, anugerah yang menghargai pembabitan saya dalam dunia perniagaan umpama galang ganti. Saya sendiri sudah memperlahankan kerjaya seni sejak beberapa tahun lalu bagi memberikan tumpuan kepada bidang produksi, selain bisnes dan pengacaraan,” katanya yang pernah diumumkan sebagai penerima anugerah The 100 Most Influential Young Entrepreneurs pada 2017.

? @ammareffendy @aniqezra . . Alhamdulillah untuk award ni ? . #tyc2019 #topyoungceo2019 #byrcw #rozitachewan #cheta #rcw #ceo #entrepreneur #womaninbussiness . . ? @kasihcicie . ? @syafieq_ayman ? @blackpepperproduction

A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1) on

Dalam perkembangan lain, Che Ta akan menerbitkan drama mini 13 episod untuk sebuah saluran berbayar menerusi syarikat produksi miliknya, Padusi Pictures.

Penggambaran drama berkenaan dijangka dimulakan pada awal September.

“Dalam drama ini, suami saya, Zain Saidin, akan turut berlakon dengan memegang watak guru.

Pelakon lain termasuk Ariff Bahran, As’ad Motawh, Atikah Suhaime, Shasa Abdul dan Sharifah Rose,” katanya.

Sumber: BHOnline