Sutradara filem prolifik, Chiu Keng Guan bakal muncul dengan buah tangan baharu berjudul Ma, I Love You. Bakal memulakan penggambaran pada September ini, filem bergenre drama kekeluargaan ini dijadualkan menemui penonton pada Tahun Baru Cina tahun hadapan.
Chiu Keng menerusi satu kenyataan berkata, dia berasa sangat teruja untuk kembali beraksi menghasilkan filem yang disifatkannya sebagai dekat dan relevan dalam kalangan masyarakat.
“Saya rasa amat teruja untuk kembali beraksi menghasilkan filem tempatan. Saya telah mengkaji kisah-kisah hubungan ibu dan anak sejak beberapa tahun yang lalu dan saya mendapati banyak momen dan detik menarik serta menyentuh perasaan.
“Jadi, kali ini saya ingin menghasilkan sebuah filem yang relevan dan amat dekat dengan generasi dan masyarakat sekarang. Saya harap pada Tahun Baharu Cina akan datang, filem ini mampu mengembalikan penonton ke pawagam untuk merasai gelak tawa, kegembiraan dan detik berharga bersama keluarga mahupun rakan-rakan,” katanya.
Sementara itu, Naib Presiden, Perniagaan Melayu Nusantara & Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad pula berkata, selaku penerbit, Astro Shaw turut berbesar hati kerana telah bersama-sama Chiu Keng Guan sejak penerbitan filem perdananya pada 2010.
“Jadi, apabila terlibat sekali lagi sebagai salah satu penerbit untuk filem Ma, I Love You, tentunya kami rasa amat berbesar hati kerana sekali lagi dapat bekerjasama dengan bakat hebat tanah air ini.
Bersempena Hari Ibu ini, kami yakin ini adalah waktu yang sesuai untuk mengumumkan kehadiran filem Ma, I Love You yang mengangkat kisah pengorbanan seorang ibu yang akan menemui penonton di pawagam pada Tahun Baru Cina kelak dan kami harap berita baik ini dapat menyuntik keterujaan penggemar filem tempatan untuk menyaksikan karya terbaik di layar perak,” katanya.
Pengarah Malaysia yang cukup disegani ramai dan digelar sebagai ‘The King of Malaysian Movies’ seperti petikan media South East Asian Globe, Chiu Keng Guan sering berjaya mencetuskan fenomena luar biasa menerusi karya-karya arahannya, dan lebih mengagumkan sentuhannya berjaya menyentuh perasaan penonton Malaysia tanpa mengira bangsa dan umur.
Hal ini terbukti menerusi karya terbaiknya, OlaBola (2016) yang telah mengukir kejayaan terbesar buat filem Malaysia dan membangkitkan semangat perpaduan yang sangat tinggi dan nilai patriotisme di samping menjadi bualan sepanjang masa.
Bukan itu sahaja, filem The Journey (2014) oleh sutradara ini telah menjadi filem pertama dalam sejarah perfileman Malaysia yang menembusi kutipan tertinggi sebanyak RM17.28 juta serta mendapat pengiktirafan meluas.
Pihak produksi kini dalam sesi pencarian bakat baru pelakon dan buat mereka yang berminat boleh menghantar video lakonan mereka. Ujibakat terbuka ini bagi mengisi watak utama lelaki dan wanita, remaja dalam lingkungan umur 17 hingga 18 tahun.
Sediakan gambar penuh, mug shot berserta gambar kasual. Kongsikan juga dua video rakaman (boleh di ambil menggunakan kamera telefon). Video pertama merupakan video pengenalan diri (2 minit).
Video kedua pula merupakan rakaman berkaitan hubungan anda bersama ibu serta pengalaman yang tidak anda boleh lupakan bersama ibu dan persamaan personaliti anda dan ibu anda (durasi 2-3 minit).
Kemudian memuat naik video berkenaan di YouTube (Unlisted) dan hantarkan link tersebut ke [email protected] sebelum 6 Jun 2022.
‘Ma, I Love You’ mengetengahkan kisah menyentuh perasaan yang menumpukan tentang cabaran hubungan ibu dan anak yang hidup bersama. Bila tiba satu masa, setiap ibu bapa harus melepaskan anak mereka untuk menempuhi kehidupan mereka sendiri.
Izwan Isa
Fri May 06 2022


Dah Putus Dengan Duda Anak Dua, Alya Iman Dedah Status Terkini - “Saya Single Tapi Tak Available..”
Fokus kerjaya.

Bekas Suami Nafi Hantar Samseng Pukul Lufya - "Kalau Nak Jumpa Anak, Saya Cakap Baik-Baik"
Netizen dakwa Che Hafiz terlibat dalam insiden Ahad lalu.

“Abang Ada Golden Touch Macam Papa…”- Sayu Luahan Syafiq Yusof, Netizen Mohon Jangan Give Up!
Hey filem Syafiq pun best lah.
_1.jpg?ext=.jpg)
"Saya Baca WhatsApp & DM IG Dia..." - Isteri Dedah Tegar Kerap Pinjam Duit, Hairan Padahal Cukup Makan Minum
Pelik juga kan

Kes Jangkitan Pernafasan Di Johor Meningkat Sebanyak 70.9 Peratus
Jaga diri semua

2 Bulan Kahwin, Alia Bhatt Umum Hamil
Tahniah Alia Bhatt & Ranbir Kapoor!

Drama The Maid 2 | Official Trailer
Setelah diceraikan oleh Jay, Suhana, Nadia dan Fika ekori bekas suami mereka ke sebuah resort dengan perancangan untuk bunuh Jay tetapi belum sempat mereka buat apa-apa, Jay telah pun mati! Saksikan drama bersiri THE MAID 2, Cinta Dirampas, Dendam Dibalas bermula 16 Julai jam 9.30 malam di Astro Ria. Anda juga boleh strim di Astro Go dan On Demand. @sherry_alhadad @eina_azman @ezzatyabdullah @normanhakim_786 @marshamilan @kidkylo @iedamoin79 @aniqshr @yunarahim @seanlje @hazeeqdean Dapatkan #PekPrimary hanya RM59.99! Whatsapp “Nak Astro” ke 03-9543 3838 #DramaTheMaid2 #CintaDirampasDendamDibalas #GempakOriginalSeries #AstroRia

Selain Adi Putra, Beto & Fattah, Lakonan Kapten Syers Dalam Mat Kilau Tarik Perhatian - “Paling Sakit Hati Tengok Dia..”
Geram!

"Dia Pendekar Terpaling Sejati..." - Netizen Geram Penonton Pakai Tanjak Ganggu Tayangan Skrin Mat Kilau
Dah segak bertanjak, lain pula ceritanya

"Walau Usia Sudah Menjangkau, Semangat Kuda Masih Maintain" - Kembara Teruja Berkonsert 31 Julai Ini!
Terakhir, pada tahun 2014 kumpulan Kembara muncul dengan sebuah konsert di kota Kuala Lumpur.