Sebanyak 1,103 kes COVID-19 terus dicatatkan di Malaysia dengan jumlah kumulatif keseluruhan kes di seluruh negara menjadi 48,520.

Lembah Klang mencatatkan angka kes paling tinggi iaitu sebanyak 544, berbanding 460 kes semalam.

Sabah melaporkan 288 kes baru dan ia menunjukkan keberkesanan tindakan pencegahan dan kawalan yang telah dilakukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, daripada pertambahan kes baru itu, terdapat satu kes import dilaporkan hari ini yang menerima jangkitan dari luar negara.

Negeri Selangor merekodkan 151 kes, dengan satu daripada kes teesebut merupakan kes import.

Perak pula mencatatkan 116 kes, Negri Sembilan (90), Pulau Pinang (26), Kedah (10), Labuan (lapan), Johor (lapan), Kelantan (tujuh), Terengganu (empat) dan satu kes direkodkan di Sarawak, Melaka dan Putrajaya.

Manakala tiada kes baru dicatatkan di negeri Perlis dan Pahang.

Sejumlah 821 kes sembuh baru turut direkodkan.