Berikut merupakan status terkini Covid 19 pada 1 Disember 2020, menurut Kementerian Kesihatan Malaysia.

Kes sembuh pada hari ini adalah 1,552 dan menjadikan jumlah kes sembuh keseluruhan kepada 56,311 orang.

Terdapat 1,472 kes baharu yang berlaku di mana 1,467 daripadanya adalah kes tempatan dan 5 pula adalah kes import.



Dukacita dimaklumkan terdapat 3 kes kematian pada hari ini menjadikan jumlah kematian kepada 363 orang.

Terdapat 120 kes yang masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 44 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.


Kredit Info/Gambar: Facebook KKM