1,575 kes baharu COVID-19 dilaporkan pada Jumaat menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 di negara kini sebanyak 320,939 kes.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, daripada jumlah itu, sebanyak tujuh kes import dikesan.

Turut dilaporkan jumlah kes yang sembuh adalah sebanyak 2,042 kes. Ini menjadikan kes keseluruhan yang sembuh kepada 302,662 kes.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 telah menjadi sebanyak 17,074 kes," katanya menerusi satu kenyataan.

Tambah Dr Noor Hisham, terdapat tiga kes kematian dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini sebanyak 1,203.

Bagi kes harian mengikut negeri, Selangor masih berada di kedudukan tertinggi sebanyak 751 kes diikuti Sarawak 173 kes dan Johor 135 kes.

Di bawah ini disertakan pecahan kes mengikut negeri :