Jumlah kes baharu positif Covid-19 mencatatkan peningkatan hari ini dengan 3,519 kes dilaporkan berbanding 3,140 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, menerusi Twitter, data terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia setakat ini mencecah 2,728,203 kes.

Menurutnya, maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman web covidnow.moh.gov.my dengan data setiap hari dikemaskini selepas tengah malam.

Sementara itu Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Seri Dr Noorhisham Abdullah turut menyertakan kenyataan akhbar situasi semasa jangkitan penyakit COVID-19 di Malaysia.

Klik di sini untuk maklumat lanjut: Kenyataan Akhbar KPK 22 Disember 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia