Kes baharu Covid-19 hari ini menunjukan sedikit penurunan iaitu 354 kes.

Namun jumlah kematian bertambah kepada 6 kes.

Sabah masih mencatatkan kes tertinggi sebanyak 274 diikuti Selangor 24 kes sementara Kedah, Kuala Lumpur dan Sarawak masing-masing 10 kes.

Hari ini, enam lokaliti di Semporna dan satu lokaliti di Kunak Sabah diumumkan akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) bermula 11 Oktober sehingga 24 Oktober.

Enam lokaliti di Semporna itu adalah Kampung Bangau-Bangau, Kampung Panji, Kampung Air, Kampung Selamat, Kampung Simunul dan Kampung Pinggir Bakau, manakala di Kunak ialah Kampung Pangkalan.

Kerajaan negeri akan mengagihkan bantuan makanan kepada penduduk terjejas dan perkara ini akan dikoordikadinasikan oleh Pusat Kawalan Operasi Bencana Sabah.

Di Kedah, pertambahan kes positif COVID-19 dalam kalangan petugas kesihatan dan anggota keselamatan di kawasan Penjara Pokok Sena, menyebabkan kawasan itu termasuk kuarters kakitangan, turut diletakkan dalam tempoh PKPD bermula 11 Oktober hingga 24 Oktober.

Sementara itu, tempoh PKPD Bersyarat akan dilanjutkan di empat daerah di Sabah iaitu Tawau, Kunak, Semporna dan Lahad Datu, bermula 13 Oktober hingga 26 Oktober.

Selain itu dua kawasan di Penjara Tawau dan Kuarters Penjara Taman Ehsan, Sabah yang sepatutnya tamat PKPD hari ini akan diteruskan bermula esok, 10 Oktober sehingga 25 Oktober.

Sumber foto: Bernama