Kes baru jangkitan wabak COVID-19 masih mencatatkan empat angka hari ini iaitu sebanyak 2,712 kes termasuk empat kes import.

Berdasarkan perkongsian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Instagram, jumlah kes sembuh pada hari ini masih melebihi kes baru iaitu sebanyak 5,320 menjadikan jumlah sembuh keseluruhan sebanyak 235,082 kes.

Jumlah kes keseluruhan pula telah mencecah 274,875 setakat hari ini.

Sementara itu, jumlah kes yang masih aktif adalah sebanyak 38,763 termasuk 227 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 103 memerlukan bantuan alat pernafasan.

Dukacita dimaklumkan, terdapat 25 kes kematian baru hari ini dan ia merupakan kes kematian harian tertinggi setakat ini.

Jumlah kes kematian secara keseluruhan di negara kita dalah sebanyak 1,030 atau dalam kadar 0.38%.

A post shared by Kementerian Kesihatan Malaysia (@kementeriankesihatanmalaysia)



Kredit Foto : Astro AWANI