Kes jangkitan COVID-19 di Malaysia sekali lagi mencatatkan penurunan ketara berbanding semalam.

Menurut. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebanyak 1208 kes dicatatkan berbanding semalam iaitu sebanyak 1,354 kes.

Jumlah berkenaan sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan 324,971 kes.

Daripada angka tersebut, Selangor masih mencatat jumlah harian tertinggi iaitu 379 kes.

Sarawak berada di kedudukan kedua apabila mencatat 251 kes dan diikuti dengan Pulau Pinang iaitu 142 kes.

Kes sembuh pula sebanyak 1,973 manakala 3 kematian dicatatkan hari ini.

Jadi, kepada anda semua, jom sama-sama kita putuskan rantaian COVID-19.

Pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', duduk di rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!