Malaysia masih mencatatkan kes COVID-19 yang tinggi hari ini iaitu 3,048.

Jumlah berkenaan menurun sedikit berbanding semalam dengan 3,346 kes.

Menerusi kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan dan Multimedia Malaysia (KKMM) di Instagram (IG), jumlah kes keseluruhan kini adalah sebanyak 186,849.

Selangor masih mencatatkan kes tertinggi iaitu sebanyak 1,035 diikuti Johor (529) dan Sabah (348).

Kes sembuh hari ini sebanyak 3,638 kes manakala kes kematian pula merekod 11 pesakit.

Anda boleh lihat jumlah pecahan kes mengikut negeri di bawah.