Pelakon Shukri Yahaya bakal menimang cahaya mata lelaki tidak lama lagi.

Pendedahan itu dibuat oleh isterinya, Tya Adnan menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram TV miliknya.

Menerusi rakaman tersebut, Shukri yang tidak tahu jantina anak keduanya itu diberi sebuah kotak besar yang berisi belon di dalamnya.

Pelantun utama drama Andainya Takdir itu tidak dapat menahan rasa gembira dan teruja selepas mendapat belon berwarna biru yang tertulis baby boy.

"Alhamdulillah. Saya dapat baby boy," katanya melahirkan rasa syukur.

#alhamdulillah #3rdtrimesteralready

A post shared by Tya Adnan (@tyaadnan) on


Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat pasangan ini turut tumpang bahagia dan mendoakan agar dipermudahkan urusan.

"Yeayyy baby boy cukup sepasang. Alhamdulillah..Semoga dipermudahkan segalanya amin.

"Baby boy! Semoga dipermudahkan semua urusan Tya.

"Tahniah Syuk dan Tya dapat baby boy! Semoga segala urusan dipermudahkan amin," antara komen yang ditinggalkan.

Sebelum ini, Tya mendedahkan dirinya disahkan hamil sewaktu menyambut ulang tahun perkahwinan mereka pada November lalu.

BACA: "Alamak! Apa 23 Ni .." - Shukri Yahaya Terima 'Pregnancy Test' Sebagai Hadiah Ulang Tahun Perkahwinan

Tya dan Shukri mendirikan rumah tangga pada 20 November 2015.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Aaira Ameena yang kini menginjak usia empat tahun.

BACA: "Walaupun Ini Mengandung Kali Kedua Kenapa Rasa Gementar Eh?"- Isteri Shukri Yahaya Kongsi Video Imbasan Ultra Bunyi Kandungan