Pelakon muda Eyka Farhana dikecam netizen selepas memuat naik gambar dirinya memegang rokok elektronik.

Gambar yang dimuat naik di Instagram itu diambil ketika pelakon tersebut sedang menikmati percutian di Pantai Mertasari Sanur, Bali, Indonesia baru-baru ini.

"I Love You 3000," tulis Eyka ringkas sebagai kapsyen.

Menerusi ruang komen, rata-rata netizen mengandaikan pelakon berusia 24 tahun itu merokok apabila memegang rokok elektronik tersebut.

Ada yang bergurau bertanyakan perisa rokok digunakan dan tidak kurang juga yang memberi nasihat kepada pelakon itu supaya berhenti merokok.

"Awak muda lagi, nanti dah berumur mesti menyesal dengan apa yang awak buat. Ubah dari sekarang," kata pemilik akaun Instagram yang menggunakan nama Anna Syahidahh.

Anda boleh lihat komen yang berbaur kecaman di bawah:



Untuk rekod, Eyka memulakan kerjayanya sebagai pelakon menerusi drama Gemilang sebagai watak tambahan.

Namanya kemudian mula dikenali apabila membintangi drama bersiri Juvana.