Pelakon kacak Remy Ishak mengakui bahagian kening dan mata pada wajahnya merupakan tarikan paling seksi yang dimiliki.

Jelas Remy, penilaian itu berdasarkan pandangan peminat dan orang ramai terhadap dirinya sepanjang bergelar selebriti.

"Pengiktirafan itu di luar jangkaan saya dan saya tak mampu nak jawab sebab kalau jawab nanti saya rasa saya perasan.

"Biasanya orang seksi tak rasa dia seksi pun, jadi saya tak pernah rasa seksi atau kacak pun, malah tak rasa saya popular pun.

"Saya adalah manusia biasa yang bekerja sebagai pelakon menghiburkan orang.

"Pakai pun macam orang biasa-biasa. Alhamdulillah syukur orang label saya sebagai seksi, diangkat satu darjat.

"Mungkinlah bahagian tubuh yang seksi adalah kening dan mata saya, itu pun berdasarkan komen orang. Kata mereka dari mata turun ke hati," kata Remy tertawa.

Remy ditemui pada majlis pelancaran butik terbaharu Minaz di pusat beli-belah Sogo Kuala Lumpur semalam.

Dalam pada itu, jelas Remy, dia menyifatkan definisi seksi adalah kematangan berfikiran bukan semata-mata fizikal dan bentuk badan.

"Ada orang menilai seksi daripada fizikal, sikap dan cara berfikiran. Jadi, ia terlalu individual.

"Tetapi bagi saya ia merangkumi semua benda terutama cara kita membawa diri sendiri. Fizikal, tubuh badan dan kematangan pun satu benda yang seksi," tambahnya.

Baru-baru ini, Anugerah Stail EH! 2019 mengiktiraf Remy sebagai selebriti lelaki paling seksi tahun ini.

Tahniah diucapkan kepada @remyishak kerana berjaya memenangi kategori Selebriti Lelaki Seksi di Anugerah Stail EH! 2019 #STAILEH2019 #LANCOMEMY

A post shared by EH! (@ehmalaysia) on