New Zealand sememangnya terkenal sebagai negara yang sangat berhati-hati dalam mengekaang penularan wabak COVID-19.

Memetik laporan BBC, Perdana Menterinya Jacinda Ardern telah mengarahkan Auckland menjalani perintah lockdown selepas terdapat hanya tiga kes baru-baru ini.

Arahan itu akan berkuat kuasa selama tiga hari dan memerlukan penduduk untuk duduk di rumah.

Sebelum ini, negara itu tidak mencatatkan rekod jangkitan dalam komuniti selama beberapa bulan.

Dengan populasi sebanyak lima juta, New Zealand mencatatkan lebih 2,300 kes COVID-19 dengan 25 kematian.

Arahan lockdown untuk penduduk Auckland seramai 1.7 juta itu memerlukan mereka untuk kekal berada di rumah kecuali kerja dan pembelian asas.

Sekolah, kedai barangan bukan asas dan urusan keluar masuk bandar tersebut akan ditutup.

Difahamkan, perintah lockdown tiga hari itu juga akan memudahkan pihak kerajaan mendapatkan lebih informasi dan mengesan jika terdapat jangktan dalam komuniti.

Sumber : BBC News
Kredit Foto : New Indian Express