Penyanyi bersuara merdu, Ernie Zakri mendapat perhatian peminat apabila menyanyikan lagu cover drama Korea popular berjudul Moon Lovers: Scarlet Heart Ryeo.

Video berdurasi 1 minit 25 saat itu dimuat naik Ernie menerusi akaun Instagramnya baru-baru.

Menariknya, Ernie menyanyikan lagu bertajuk Will Be Back nyanyian asal Im Su Hae itu dengan begitu lancar, bersahaja dan penuh emosi.

kdrama paling menyiat hati dalam sejarah. Siapa dah tengok drama ni, mesti boleh relate tiap kali lagu ni keluar ?

A post shared by @ erniezakri on


Nyanyian Ernie itu ternyata berjaya memikat hati peminat sehingga ada yang membuat permintaan lagu-lagu Korea lain untuk dinyanyikan olehnya.

“Akak buat cover lagu You’re My World dari K-Drama Legend of The Blue Sea, love sangat lagu tu, pleaseee @erniezakri.

Selain itu ramai yang memuji kelunakan suara Ernie sewaktu menyanyikan lagu tersebut.

“Dengar lagu je dah rasa sebak sebab teringat cerita Scarlet Heart,” tulis @amighaaaaaaa

“Lagu fav dalam drama ni, kena pula bahagian sedih. Love sangat kakak @erniezakri nyanyi,” komen @syarifahhashim


Sehingga kini video tersebut telah mencecah lebih 200,000 tontonan.

Dalam perkembangan terbaru, Ernie baru sahaja tampil dengan lagu baru berjudul Gundah.