Hiburan

Dianggap Wajah Pelaris Produk, Ini Komen Hannah Delisha!

gempak
Amri Hassan
20/08/2024
17:05 MYT
Sponsor Banner
Dianggap Wajah Pelaris Produk, Ini Komen Hannah Delisha!
Hannah Delisha, artis serba boleh yang berjaya memukau hati peminat dengan bakat luar biasa dalam dunia hiburan, terus mengukir nama sebagai antara artis paling bersinar di Malaysia.
Dikenali bukan sahaja sebagai penyanyi dan pelakon, tetapi juga sebagai duta produk, ikon fesyen dan personaliti media sosial, Hannah Delisha berjaya menempatkan diri dalam pelbagai bidang seni dengan penuh gemilang.

BERITA TRENDING: Hannah Delisha Lancar Lagu Selepas Keguguran - "Akan Tiba Lagu Motivasi Tentang Harapan & Kekuatan"

Dalam bidang nyanyian, Hannah Delisha mula mencuri perhatian ramai dengan lagu- lagu hitnya yang memaparkan vokal yang mantap dan melodi yang menarik.
Kejayaan dalam dunia muziknya membuka jalan untuk kerjaya dalam bidang lakonan, di mana beliau membintangi pelbagai drama dan filem yang mendapat sambutan hangat.

Duta produk

Selain daripada bakat dalam nyanyian dan lakonan, Hannah Delisha juga mendapat kepercayaan pelbagai jenama dan produk bagi melantiknya menjadi duta.
Pengaruh beliau dalam industri hiburan tempatan menjadikannya pilihan untuk pelbagai jenama dan kempen, menambah lagi kepada kredibilitinya sebagai seorang artis serba boleh.
Terbaharu, Hannah dilantik menjadi duta produk kecantikan Conboo yang mana sesuai digunakan oleh semua golongan.
“Alhamdulillah, saya berasa sangat teruja dan berbesar hati kerana diberi kepercayaan untuk menjadi duta produk Conboo. Saya bersetuju menerima tawaran ini kerana percaya pada nilai dan kualiti produk Conboo, selepas saya mencuba Beau3 Milk sendiri," katanya.

BERITA TRENDING: “Mungkin Mereka Ingat Kita Pakai Tudung Ini Untuk Aksesori Saja” - Hannah Delisha

Reputasi jenama

Menurut Hannah, perkara utama yang menjadi pertimbangan dirinya sebelum menerima sesuatu tawaran adalah sejauh mana tawaran itu selaras dengan nilai-nilai peribadi dan reputasi jenama yang ditawarkan.
"Saya selalu fikirkan sejauh mana tawaran itu selaras dengan nilai-nilai peribadi dan reputasi jenama yang ditawarkan," katanya.

Wajah pelaris

Ditanya mengenai dirinya dikatakan wajah pelaris untuk sesuatu jenama yang diwakili, Hannah meluahkan rasa syukur.

“Alhamdullilah, saya berasa bersyukur dan gembira jika boleh membantu jenama dengan cara positif. Tetapi juga percaya bahawa kejayaan sesuatu jenama adalah usaha bersama yang membabitkan banyak pihak," katanya.

CONBOO adalah untuk semua orang. Sama ada anda seorang selebriti, usahawan, suri rumah, pelajar atau sesiapa sahaja yang bermimpi untuk menjalani kehidupan yang yakin dengan mempromosikan gaya hidup sihat, produk ini direka khas untuk anda.
CONBOO melangkah masuk dengan visi untuk melahirkan generasi individu yang yakin dengan kecantikan dari dalam ke luar.
Ramuan premium semula jadi terdiri daripada madu Manuka, ekstrak sarang burung, serbuk mutiara, vitamin C, glutation, susu kambing, ekstrak biji anggur, ekstrak kurma dan krimer, kepada stevia.
Dengan jadual yang padat sebagai pelakon, penyanyi, dan model profesional, Beau3 Milk by CONBOO sememangnya bantuan yang besar ke arah gaya hidup sihat keseluruhannya sambil mengekalkan unsur-unsur mencantikkan, menyerlah dan menyerikan tekstur kulitnya yang sedia mengagumkan.

BERITA TRENDING: Hannah Delisha Sanggup Keluarkan Duit Sendiri Untuk ‘Wardrobe’ Ikut Kesesuaian Watak - “Tapi Bergantung Juga, Ada Masa Kita Nak…”

BERITA TRENDING: "Seminit Gembira, Tiba-Tiba..." - 3 Bulan Hannah Delisha Hamil, Sebulan Bayi Dikandung Meninggal Dunia Dalam Kandungan

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live