Laman Utama

Dipersoal Kesahihan Qada Subuh Dengan Solat Tarawih, Fedtri Yahya Tampil Dengan Penjelasan Dari…

gempak
Syafiqah Jalal
23/04/2021
11:31 MYT
Sponsor Banner
Dipersoal Kesahihan Qada Subuh Dengan Solat Tarawih, Fedtri Yahya Tampil Dengan Penjelasan Dari…
Sehari yang lalu, pengacara terkenal Fedtri Yahya tampil dengan satu kenyataan dari laman sosial seseorang mengenai qada solat subuh dengan menjadi makmum kepada imam solat Tarawih.
Namun kenyataan itu telah dipersoalkan kesahihannya oleh ramai pengikut laman sosialnya serta netizen tentang bagaimana solat fardhu boleh diqadakan dengan solat sunat.
Bagaimanapun, Fedtri tidak mendiamkan diri malah tampil dengan satu penjelasan dari seorang pendakwah bebas Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre yang mengesahkan perkara tersebut.
“Seseorang yang masih mempunyai hutang qada solat Subuh boleh jadi makmum kepada imam yang solat tarawih.
"Ini kerana dalam Mazhab Syafie, yang wajib boleh jadi makmum kepada yang sunnah dan begitu juga sebaliknya yang sunnah menjadi makmum kepada yang wajib, dengan syarat sama bentuk solatnya. (Solat gerhana, solat jenazah dan sebagainya lain bentuknya).
“Cuma kena ingat juga hukum “boleh” ni boleh bertukar wajib jika yang diganti itu solat qada kepada solat yang sengaja ditinggalkan tanpa uzur. Ini kerana kita mesti menyegerakan qada solat yang ditinggalkan tanpa uzur.
“Kalau anda rasa sayangnya tak solat tarawih, ingatlah solat qadha tu wajib. Dan wajib lebih besar nilainya berbanding sunnah.
“Tinggal yang wajib, buat yang sunnah ni pelik sangat sebenarnya. Tinggal yang wajibkan berdosa. Jauh lagi rugi banding tinggalkan yang sunnah,” jelasnya.
Kenyataan atau penjelasan Syed Kadir itu dimuat naik semula Fedtri ke akaun Instagram miliknya.
Pun begitu, netizen masih mendapati penjelasan tersebut kurang lengkap kerana tidak tahu bagaimana sebutan niatnya dan sebagainya.
Malah, ramai muslim akui ia suatu perkara baharu yang mereka pelajari dan ketahui.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024