Tahun 2021 mungkin tempoh paling gemilang buat pelakon Hollywood, Keanu Reeves apabila dua filem blockbuster lakonannya bakal ditayangkan.

Namun, apa yang lebih menarik, kedua-dua filem ini berkemungkinan akan ditayangkan serentak pada bulan dan tarikh yang sama.

Perkara itu didedahkan menerusi satu posting di Instagram oleh syarikat Rotten Tomatoes.

Berdasarkan posting berkenaan, pihak Rotten Tomatoes menjelaskan filem sambungan John Wick 4 akan dikeluarkan pada 21 May 2021.

Malah, filem The Matrix yang pertama kali dihasilkan pada 1999 juga akan hadir dengan siri yang keempat pada tarikh sama.

"Tarikh May 2021 boleh dikenali sebagai Hari Keanu Reeves kerana The Matrix 4 dan John Wick 4 dijangka akan ditayangkan pada hari berkenaan.

"Bersiap sedialah!," kata pengendali akaun tersebut.

Menerusi ruang komen, rata-rata peminat seakan tidak sabar untuk menantikan tarikh berkenaan.

Anda boleh lihat posting tersebut di bawah.

May 21, 2021 will be known as #KeanuReeves Day! Both #TheMatrix 4 and #JohnWick 4 are set to release on that day. Get ready for an incredible double feature.

A post shared by Rotten Tomatoes (@rottentomatoes) on