Pelakon, penyanyi dan ratu cantik Dr. Soo Wincci mendedahkan dia pernah berdepan kesempitan hidup ketika tiga bulan pertama menyambung pelajaran di Sepanyol.

Kata Wincci, dia terpaksa menjamah sisa biskut di studio tempatnya membuat kajian muzik memandangkan kewangannya tidak stabil.

"Kalau saya bawa nama Malaysia saya mahu berikan yang terbaik. Banyak kali hampir kecundang dan rasa macam nak balik rumah.

"Pada tiga bulan pertama di sana, duit saya tinggal 1 Euro (RM4.59) sahaja jadi saya terpaksa makan sisa biskut di studio.

"Semua nampak hidup saya glamor tetapi ramai yang tak faham.

"Pada masa itu setiap hari ada tugasan dan kalau saya gagal satu maksudnya saya akan ketiggalan semuanya," katanya menerusi temubual bersama sebuah stesen radio tempatan pagi tadi.

Wincci turut berkongsi kisahnya mengabdikan diri selama 15 tahun untuk menuntut ilmu hingga kini bergelar doktor falsafah.

"Saya menyambung belajar sejak berusia 19 tahun dan memang hakikatnya ketika kawan-kawan sedang melepak, saya pula sedang belajar atau bekerja.

"Semua tahu saya individu yang 'hi, hi, bye, bye' jadi memang saya tiada masa seperti orang lain.

"Sampaikan ada yang gelakkan saya, kenapa sanggup korbankan masa muda sepatutnya boleh digunakan untuk bergembira," tambah Wincci lagi.

#Repost @hotfm976 (@get_repost) ・・・ Wuish. Siap pernah tinggal 1 Euro je guys nak survive! Betul lah, bukan senang nak berjaya kan? ? Nantikan video penuh bersama Dr. Soo Wincci di youtube Hot TV. @dr.soowincci @shuibsepahtu @shuk_hotfm @fizie_hotfm

A post shared by Dr. Soo Wincci 蘇盈之 (@dr.soowincci) on


Wincci mencatatkan rekod dalam Malaysia Book of Records seabgai individu paling banyak bergraduasi dalam tempoh 15 tahun.

Sepanjang tempoh itu Wincci telah 5 kali bergelar graduan dan kali terakhir pada Jun lalu menerusi Post Master Fellowship Degree in Music Production di Sepanyol.

Wincci mendapat ijazah sarjana muda pertama daripada University of Reading, United Kingdom dalam bidang undang-undang.

Kemudian melanjutkan pelajaran untuk ijazah sarjana Pengurusan Perniagaan di University of Sunshine Coast, Australia sebelum meneruskan doktor falsafah dalam bidang sama di Open University, Malaysia.

Seterusnya, Wincci menyambung pelajaran dalam sarjana Produksi, Teknologi & Inovasi Muzik di Berklee Valencia, Sepanyol dan menyambung Post Master Fellowship Degree dalam Live Music Producton di universiti sama.