Pelakon dan penyanyi terkenal Korea, Rain akui lebih selesa untuk tidak terlalu mendedahkan keluarganya kepada umum.

Rain berkata, perkara itu dilakukan atas alasan untuk menjaga privasi keluarganya.

“Tidak ada apa yang berubah selepas saya berkahwin dan bergelar bapa cuma sekarang saya hanya mempunyai satu peraturan.

“Kalau dulu saya berbicara secara terbuka mengenai hal peribadi namun kini saya lebih selesa untuk tidak terlalu kerap bercakap menganai perkara itu.

“Dunia sekarang sangat menakutkan… Saya sangat sayang anak dan isteri saya, tipulah kalau tak ada rasa nak kongsi kebahagiaan keluarga secara umum.

“Namun jika dilihat keadaan sekarang ini, walaupun saya sudah membicarakan mengenai keluarga secara berhati-hati tetapi pasti akan ada yang menyerang.

“Saya tidak mahu perkara-perkara seperti itu berlaku dan menyakiti keluarga saya. Jadi lebih baik saya asingkan hal mengenai keluarga dan kerja.

“Saya benar-benar tidak mahu keluarga terluka. Disebabkan saya seorang selebriti, saya tidak kisah jika orang mahu berkata apa sahaja kepada saya tetapi bukan pada keluarga,” katanya dalam satu temu bual untuk filem terbaru, Uhm Bok Dong baru-baru ini.

Terdahulu, Rain dan Kim Tae Hee berkahwin pada 19 Januari 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan pada 25 Oktober tahun yang sama.

Bagaimanapun sehingga kini, Rain dan Tae Hee tidak mendedahkan wajah puteri sulung mereka.

Dalam perkembangan terbaru, Tae Hee kini hamil anak kedua dan diramalkan bakal bersalin pada September depan.

Sumber: Soompi