Ibu kepada pengacara Roslan Shah, Mariam Kari, 79, meninggal dunia pada pukul 7.00 malam semalam (20 Disember).

Roslan atau lebih mesra dipanggil Cik Lan meluahkan rasa kecewa di Instagram (IG) kerana tidak berada bersama arwah ketika menghembuskan nafas terakhir.

"Emak. Lan sayang emak..Ibu tercinta Cik Lan meninggal dunia pukul 7 malam di rumah Block 727, Tempines Street 71, Singapura.

"Cik Lan dalam perjalanan dah nak masuk Ayer Keroh.
"Kepada anda semua sedekahkan Al-fatihah buat ibu tercinta, Puan Mariam Kari," tulisnya.

Emak....Lan sayang emak ...Ibu tercinta cik lan Meninggal jam 7 mlm di rumah BLK 727 Tampines Street 71 #02-03...Cik lan dah OTW dah nak masuk Ayer Keroh ...Kepada Anda semua Sedekahkan Al fatihah untuk Ibu tercinta cik lan Puan Mariam Bte Kari ....

A post shared by roslanshah (@realroslanshah) on


Berduka atas berita terbabit, rakan selebriti dan peminat turut mengucapkan takziah atas kehilangan insan tersayang Cik Lan.

Terdahulu, arwah pernah menjalani pembedahan membuang batu dalam perut pada 12 Mac lalu sebelum disahkan menghidap kanser perut tahap empat pada Oktober lalu.

Kami di Gempak turut mengucapkan salam takziah buat Cik Lan sekeluarga. Al-Fatihah.