The House musim keenam yang menampilkan bekas peragawati, Ezurin Khyra bersama lima anaknya, Tunku Amaan Khyra, Tunku Nadya Khyra, Tunku Omaan Khyra, Tunku Imaan Kyra dan Tunku Rmaan Khyra serta rakan rapat Ezurin, Magie Abang Saufi akan memasuki episod ke sembilan malam esok.

Dua episod sahaja lagi, program realiti yang mendapat sambutan hangat ini pastinya menjanjikan pelbagai perkara menarik untuk anda.

Berdasarkan sedutan episod akan datang minggu lalu, Ezurin ada mengatakan beliau kecewa dan lebih selesa untuk bersendirian.

Sebelum itu, Ezurin ada bercakap dengan anaknya, Tunku Imaan menerusi panggilan telefon. Apakah yang dibualkan oleh mereka sehingga mood Ezurin berubah?

Kemudian, Ezurin memberitahu dua pembantu peribadinya, Bell dan Nana untuk membatalkan BBQ Party yang dirancang mereka sebelum ini kerana sudah tidak senang hati.

Apakah yang akan berlaku seterusnya? Semuanya akan terjawab dalam episod malam esok!

The House Ezurin Khyra bersiaran selama 10 episod menerusi Astro Ria (124) dan Ria HD (104) setiap Rabu, pukul 9 malam.

Kepada anda yang terlepas menonton mana-mana episod, usah risau, anda boleh menonton ulangan menerusi On Demand atau tonton sahaha pada bila-bila masa di aplikasi Astro Go.

Gempak sebagai portal rasmi pula akan membawakan video-video secara eksklusif menerusi gempak.com/thehouse