Hiburan

Fasha Sandha Reda Bercerai, Teruskan Hidup Dengan Dua Anak

gempak
Ahmad Shah
21/01/2016
10:35 MYT
Sponsor Banner
Fasha Sandha Reda Bercerai, Teruskan Hidup Dengan Dua Anak
Fasha Sandha enggan mendedahkan punca penceraiannya dengan ahli perniagaan Rizal Ashram Ramli atau Jejai, semalam.
Pelakon popular itu hanya memberitahu dia reda dengan perpisahan itu kerana sudah berusaha menyelamatkan perkahwinan mereka sebelum ini.
“Nampaknya perpisahan adalah jalan terbaik,” katanya ketika ditemui para wartawan di perkarangan Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, pada Rabu.
Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan berkata, walaupun sedih dengan penceraiannya, dia akan tetap meneruskan hidup bersama dua anaknya hasil berkongsi hidup dengan Jejai iaitu Putra Rayfal Ramli, 3, dan Putri Raysha Jemyma, 1.
Jejai, 40, melafazkan cerai talak satu di hadapan Hakim Syarie Muhamad Abdul Karim Wahab ketika prosiding kes berkenaan disebut di dalam kamar jam 2.30 petang semalam.
Fasha memfailkan penceraian pada 18 Januari lalu.
Fasha dan Jejai, mendirikan rumah tangga pada 27 April 2012.
Olahan Semula: Hafiza Kamarudin
Sumber: Harian Metro
Foto: Rotikaya
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live