GAYA HIDUP
Financial Faiz: Impak Gelombang Tarif AS, Malaysia Perlu Strategi Bijak
Pendidik Kewangan, Faiz Azmi menyatakan kerajaan telah mengambil satu langkah yang baik dalam membuat keputusan selepas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump telah mengumumkan gelombang tarif baharu.
Jelas Faiz, kerajaan harus berhati-hati dalam membuat keputusan kerana ia boleh memberi kesan kepada rakyat Malaysia.
“Kenapa kerajaan tak respon cepat sebab bukan mereka tidak berani tapi sebab mereka tengah kira-kira langkah kerana perkara ini berlaku dengan pantas sekali.
“Menteri komunikasi nak cakap perkara ini isnin depan namun tahu-tahu Trump dah buat Tarif pause. Dalam Trade War ini perlu hati-hati kerana jika tersilap langkah rakyat yang akan sakit kerana Trump pun boleh berikan tarif yang tinggi kepada Malaysia,” katanya.
Pada masa sama, Faiz juga menjelaskan tindakan China membalas kembali Tarif kepada AS sedikit sebanyak memberi kesan kepada kedua buah negara.
Menurutnya, tarif tinggi menyebabkan barangan China menjadi mahal di pasaran AS, lalu mengurangkan eksport. Ini memberi tekanan kepada kilang, pelabur menarik diri dan pasaran saham China turut merosot.
"Tarif tinggi ini membuatkan barang China yang dieksport ke US jadi mahal, so eksport dia pun jatuh, kilang pun susah nak jual barang, pelabur tarik diri dan market sahamnya juga akan terjejas.
“Tapi US pun akan rasa juga, sebab bila tarif dinaikkan barang-barang import daripada China itu akan naik harga. Siapa yang kena bayar lebih, penduduk di Amerika Syarikat sendiri sehingga US Stock Market kehilangan trillions of dollars. Selepas market dah teruk barulah Trump umum tarif pause untuk negara-negara lain,” katanya.
Terdahulu, Amerika Syarikat (AS) kenakan tarif timbal balik 24 peratus ke atas import dari Malaysia dalam gelombang perang perdagangan global.
Presiden Donald Trump pada Rabu mengumumkan gelombang tarif baharu yang belum pernah terjadi sebelum ini ke atas import dari semua negara yang berdagang dengan AS.
Antara tarif timbal balik yang tinggi dikenakan terhadap China sebanyak 34 peratus, Kesatuan Eropah 20 peratus, Vietnam 46 peratus, Sri Lanka 44 peratus, Kemboja 49 peratus, Laos 48 peratus dan Myanmar 44 peratus.
Must-Watch Video