Ezurin Khyra



Siapa sahaja yang tidak mengenali sosialit popular ini, sebut sahaja Ezurin atau nama sapaannya 'E' sudah pasti para penggemar fesyen di ibu kota tahu akan siapa gerangannya. Sosialit jelita ini sering diiringi 'entourage' ke seluruh dunia untuk menghadiri minggu fesyen mahupun meluangkan masa bersama rakan-rakannya di luar negara. Citarasa tinggi Ezurin yang sentiasa menyarung helaian mewah seperti Lanvin, Marchesa dan Stella Mccartney sentiasa menyerlahkan aura kemewahan pada dirinya!

Tengku Chanela Jamidah



Citarasa berpakaian yang sentiasa 'effortless' dan 'chic' sentiasa menjadi identiti gayanya. Kerabat diraja Pahang ini memiliki empayar perniagaan fesyen Thavia The Label yang menjadi kegemaran kebanyakkan pencinta fesyen tempatan. Jamidah kini menetap di Amerika Syarikat dan meluaskan lagi perniagaanya di sana.

Chryseis Tan



Wanita ini bukan hanya bijak mengatur gayanya setiap hari, malah dia juga merupakan CEO untuk pengurusan Berjaya Times Square selain menguruskan jenama La Juiceria. Chryseis juga adalah anak kepada jutawan Tan Sri Vincent Tan yang merupakan pengurusi dan CEO Berjaya Group. Selain itu, bapanya turut memiliki kelab bola sepak di beberapa negara. Chryseis telah berkahwin dengan SM Faliq Nasimuddin yang turut berasal dari keluarga berprofil tinggi dan dikenali ramai.

Datin Sabrena Khalid



Susuk tubuh menarik yang dimiliki isteri kepada Dato' Md.Wira Dani Daim ini pasti menjadi idaman setiap wanita. Lihat sahaja di akaun Instagramnya, wanita ini amat aktif menjalani gaya hidup sihat dan tidak pernah meninggalkan rutin senamannya. Sabrena juga kerap kelihatan menikmati percutian bersama keluarga tercinta. Fabulous!

Datin Raha Dato' Aboo



Sosialit jelita kelahiran Pahang ini bukan sahaja memiliki citarasa mewah berfesyen, Datin Raha juga sibuk menguruskan perniagaan Abaya mewah dihasilkan di kota Kuwait yang dinamakan Cinta Abaya. Ibu kepada tiga orang anak ini sentiasa mengutamakan keluarga dan pendidikan anak-anak. Antara jenama yang selalu dikenakannya adalah Chanel, Johanna Ortiz, Lanvin dan banyak lagi. She is the beauty with brain!

Nadia Nasimuddin



Usahawan jelita yang memiliki pelbagai cabang perniagaan ini bukan sahaja bijak dan berjaya dalam dunia perniagaan. Nadia adalah orang penting di sebalik perniagaan restoran Dotty's dan BLVD House yang menjadi kegemaran ramai. Wanita ini juga merupakan isteri kepada Hamzah Alang Shah yang berasal dari ahli keluarga berprofil tinggi di sebalik perniagaan empayar Holiday Villa Hotels & Resorts.

Datin Vivy Yusoff



Siapa sahaja yang tidak mengenali usahawan terkenal ini. Datin Vivy Yusoff merupakan pengarah urusan buat perniagaan Fashion Valet dan The Duck Group. Ibu kepada tiga orang anak ini tidak pernah gagal meluangkan masa untuk keluarga. Lihat sahaja di akaun Instagramnya, ada sahaja gelagat anak-anak yang dikongsi Vivy kepada pengikutnya. Selain itu, menerusi akaun Instagramnya juga Vivy sering memuat naik foto 'OOTD' mengenakan pakaian yang terdapat di Fashion Valet. She has a brilliant marketing strategy!

YM Tunku Elana Khyra



Sosialit berjiwa luhur ini bukan sahaja sentiasa elegen menyerlahkan citarasa mewahnya dalam berfesyen malah turut aktif dalam aktiviti kebajikan. Elana merupakan anak kepada kerabat diraja Negeri Sembilan, Tunku Yaacob yang turut memiliki empayar perniagaan besar di negara ini. Elana juga merupakan salah seorang individu di sebalik Pusat Tuisyen Kasturi dan memegang jawatan sebagai ahli jawatan kuasa untuk Budimas Charitable Foundation. Citarasa fesyennya juga harus dipuji, tidak perlu terlalu mencuba untuk kelihatan bergaya, si tinggi lampai ini ternyata punya aura tersendiri!


Fyza Kadir



Sosialit berkulit cantik ini sering kelihatan menghadiri acara fesyen ternama di ibu kota. Fyza tidak pernah gagal dalam mengatur gayanya, lihat sahaja akaun Instagramnya, wanita ini sentiasa kelihatan anggun. Terdahulu, Fyza merupakan seorang pelajar dalam bidang fesyen dan tekstil, tidak hairanlah pemilihan pakaiannya tidak pernah mengecewakan!

Marion Caunter



Last but not least! Tidak lengkap senarai ini tanpa meletakkan nama Marion Caunter. Isteri kepada SM Nasarudin Nasimuddin ini sentiasa menyarung helaian mewah jenama antarabangsa ketika menghadiri acara besar mahupun ketika bermalas-malasan di lokasi percutian kegemarannya. Wanita jelita ini mempunyai perniagaan salon rambut Hair Play yang menjadi kegemaran di kalangan wanita bergaya di ibu kota.

Demikianlah barisan sosialit jelita negara yang disusun secara rawak. Lakaran cemerlang mereka dalam bidang masing-masing selayakya menjadi sumber inspirasi kepada wanita di luar sana.