Nama-nama besar Bollywood masih merajai takhta sepanjang tahun 2023.

Dari Shah Rukh Khan, Hrithik Roshan, Salman Khan hingga ke heroin jelita Deepika Padukone, Priyanka Chopra dan Alia Bhatt antara yang menjadi sorotan tajuk utama.

Jom imbas semula antara yang panas dan popular dari Bollywood sepanjang tahun 2023.

1. Hrithik Roshan tak jadi datang Malaysia

Hrithik Roshan Stars on Fire KL mencetuskan pelbagai polemik apabila dijadualkan muncul mengadakan persembahan pada 1 Disember 2023.

BERITA TRENDING: Konsert Hrithik Roshan Stars On Fire KL Ditangguh!

Sensitiviti isu perang Palestin-Israel antara yang menjadi pokok utama halangan untuk konsert terbabit.

BERITA TRENDING: Uqasha Senrose Mohon Maaf, Padam Hantaran Hrithik Roshan Di IG! - "Saya Bukan Liberal, Bukan…

Menghormati isu semasa, Hrithik juga mengumumkan telah membatalkan konsert jelajahnya di Malaysia. Berputih mata lagilah selepas kali terakhir muncul di Kuala Lumpur pada lapan tahun lepas!

Kisah Hrithik juga pernah panas jadi topik bualan apabila didakwa melangkah ke fasa seterusnya bersama teman wanita, Saba Azad selepas bercerai dengan Suzanne Khan pada 2014.

2. Alia Bhatt comeback lepas bersalin

Selepas selamat bersalin pada akhir tahun lalu, nama Alia Bhatt terus meledak dengan pelbagai anugerah yang mengiktiraf lakonannya dalam filem Gangubai Kathiawadi.

BERITA TRENDING: Eksklusif Bersama Jamie Dornan, Cerita Tentang Heart of Stone, Gal Gadot & Kembara 6 Negara!

Alia juga menerima pelbagai pengiktirafan lain di India selain menjadi wakil Bollywood muncul di karpet merah acara charity terbesar dunia, Met Gala selepas Priyanka Chopra, Deepika Padukone, Isha Ambani, Sudha Reddy dan Natasha Poonawalla.

BERITA TRENDING: Watak Pelacur Bawa Tuah! Gangubai Kathiawadi Kaut 10 Trofi Filmfare Awards 2023!

3. Deepika Padukone queen of box-office

Terkenal sebagai 'box-office queen', Deepika membuka tahun 2023 dengan filem pecah panggung di samping Shah Rukh Khan, Pathaan. Filem itu juga mencetuskan sensasi apabila Deepika tampil dengan bikini.

BERITA TRENDING: Dedah Deritai Masalah Kesihatan Mental, Deepika Padukone Dituduh Terima Bayaran

Malah, Deepika meneruskan kesinambungan kejayaannya menerusi filem Jawan di samping hero sama pada pertengahan tahun 2023.

BERITA TRENDING: 4 Tahun Kahwin, Ranveer Singh, Deepika Padukone 'Tak Okey'?

Selain muncul dalam Star Trek, Deepika juga mewakili India sebagai presenter anugerah Oscar pada Mac lalu dan dinobatkan The Golden Star oleh majalah Time.

Deepika juga mengikat kontrak bersama beberapa jenama mewah dunia antaranya Cartier, Louis Vuitton, Pottery Barn dan Qatar Airways.

4. Fenomena AR Rahman

60,000 peminat membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil meraikan kedatangan penyanyi bersuara merdu, AR Rahman pada Januari 2023.

AR Rahman seperti diketahui popular dengan lagu-lagu antaranya Jai Ho, Chaiyya Chaiyya, Oh Sayo dan pastinya dari filem Tamil Sivaji The Boss, beliau ternyata mencetuskan fenomena tersendiri di Malaysia.

Lebih mengejutkan apabila Datuk Seri Siti Nurhaliza muncul menyanyikan lagu Munbe Vaa yang tular hingga kini.

BERITA TRENDING: Peminat ‘Hati Busuk’ Doa Siti Nurhaliza Pancit Sewaktu Konsert A. R Rahman; “Kenapa Doa Macam…

BERITA TRENDING: [VIDEO] “Satu Lagu Je Terus Trending!” - Salute! Datuk Siti Menyanyi Lagu Tamil, Dapat 60,000 Standing…

5. Kiara Advani paling laris dicari

Nama Kira Advani antara yang menjadi topik carian tertinggi Google di India. Terkenal dengan kekayaan dan kecantikannya, Kiara yang berasal dari keluarga terkaya di Mumbai itu terus jadi perhatian menerusi perkahwinannya bersama Sidharth Malhotra pada Februari.

Kiara pernah membintangi beberapa filem antaranya Fugly (2014) dan MS Dhoni: The Untold Story (2016).

6. Fesyen unik Urfi Javed

Pelakon televisyen dan pempengaruh India, Urfi Javed terkenal dengan fesyen-fesyen unik setiap kali muncul di khalayak.

Tidak hirau dengan persepsi masyarakat, menariknya Urfi menghasilkan sendiri pakaian-pakaiannya kerana tiada pereka fesyen mahu menyediakan pakaian yang dikehendaki.

Difahamkan Urfi punyai aset bernilai RM97 juta pada tahun 2023 hasil daripada lakonan, peragaan dan iklan.

7. Filem pecah panggung

Dua buah filem Shah Rukh Khan pada tahun ini terus merajai takhta sebagai filem terlaris iaitu Jawan dan Pathaan.

BERITA TRENDING: Pathaan Kutip RM289 Juta 5 Hari Tayangan!

Tempat ketiga diekori rapat oleh filem Animal lakonan Ranbir Kapoor, Bobby Deol dan Anil Kapoor.

Selain itu, filem-filem Bollywood yang turut mendapat sambutan hebat ialah Gadar 2, Leo, Jailer, Tiger 3, Adipurush dan Rocky Aur Rani Kii Prem Kahaani.