Kumpulan nasyid dari Indonesia, Sabyan Gambus akan tampil dengan konsert sulung mereka di Malaysia pada 12 Januari 2019 bertempat di Stadium Malawati Shah Alam.

Acara ini bakal berlangsung selama tiga jam dan turut menampilkan artis nasyid tempatan, UNIC, Heliza Helmi dan Hazwani Helmi untuk pembukaan konsert tersebut.

"Dalam konsert ini, kami akan menyanyikan sepuluh buah lagu yang akan dibawa dalam cara penyampaian yang segar dan menarik.

"Selain itu, genre muzik yang kami bawakan mudah untuk diterima oleh semua lapisan masyarakat, kami berharap agar mendapat sambutan yang baik untuk konsert ini," kata mereka ketika ditemubual menerusi Skype.

Temubual itu diadakan di Sidang Media Konsert Sabyan Gambus Live In Malaysia 2019 bertempat di Shah Alam petang semalam.

Bagi anda yang tidak mahu melepaskan peluang menyaksikan konsert ini, tiket boleh didapati bermula harga RM 99 hingga RM 999 menerusi www.ticket2u.com/konsertsabyan2019.

Foto : lombokita.com