Berita gembira untuk semua pelanggan Astro, muat turun applikasi Astro Go dan jom sama-sama jadi spy!

GO Spy merupakan program lima episod yang ditayangkan secara eksklusif di Astro GO sahaja.

GO Spy menampilkan tagline "GO Spy curious minds, masalah mereka, cerita kami!"

Wow...Masalah apa yang akan ditampilkan dalam GO Spy ini?

Secara ringkas, GO Spy akan menampilkan kisah-kisah menarik termasuk cerita belakang pentas.

Dihoskan oleh Zoey Rahman buat dua musim berturut-turut, GO Spy akan menampilkan Zoey 'tadah muka' untuk cari cerita tentang peserta Gegar Vaganza 2019 (GV2019), kru produksi dan segala yang berkaitan dengan program nyanyian kegemaran ramai itu.

Tiada skrip, tiada lakonan, Zoey akan terus tangkap dan korek rahsia mereka! Jangan lupa muat turun applikasi Astro GO untuk menontonnya!