Pelakon, Zara Zya akui terasa hati dan kecewa dengan hinaan yang dilemparkan oleh seorang individu terhadap dirinya.

Kata Zara, boleh menerima apa sahaja kata-kata cacian dan hinaan yang ditujukan kepadanya namun bukan kepada keluarganya.

Zara mendedahkan mesej yang diterima itu menerusi kemas kini terbaru di akaun Instagramnya semalam.

“Hina sangat ke kalau saya nak meniaga? Tak tau la kenapa, tapi ayat yang dia tulis tu betul-betul buat saya sedih sangat...

“Saya sedar saya ni bukan hebat sangat meniaga. Tapi apa salah saya? Siap cakap pasal family saya.

“Kalau kritikan tu untuk saya je, saya boleh terima, tapi bila sentuh bab family, memang saya sedih sangat.

“Saya takkan lupa betapa susahnya parents saya cari rezeki siang malam untuk bagi kami adik beradik makan, pakai dan pelajaran yang cukup. Ni la masa untuk saya balas balik untuk parents saya.

“Saya kena tipu, bukan orang tau. Saya tak tidur pun takde sapa tau. Takkan saya nak canang cerita pulak kesusahan saya?

“Produk saya tu tak haram. Sampai hati cakap macam tu. Kalau berani, jumpa saya depan-depan lah.
Apa yang dia sakit hati sangat dengan saya? Bila jadi mcm ni, saya jadi tak kuat,” luahnya.

Hina sgt ke kalau saya nak meniaga? Tak tau la kenapa, tapi ayat yg dia tulis tu betul2 buat saya sedih sgt... Saya sedar saya ni bkn hebat sgt meniaga. Tapi apa salah saya? Siap ckp pasal family saya. . Kalau kritikan tu utk saya je, saya blh terima, tapi bila sentuh bab family, memang saya sedih sgt. . . Saya takkan lupa betapa susahnya parents saya cari rezeki siang malam untuk bagi kami adik beradik makan, pakai dan pelajaran yg cukup. Ni la masa utk saya balas balik utk parents saya. . Saya kena tipu, bkn org tau. Saya tak tido pun takde sapa tau. Takkan saya nak canang cerita pulak kesusahan saya? . Produk saya tu tak haram. Sampai hati ckp mcm tu. Kalau berani, jumpa saya depan2 lah. Apa yg dia sakit hati sgt dgn saya? ? . . Bila jadi mcm ni, saya jadi tak kuat ? #trimzshottakharam #trimzshot #sayatakkuat @zarazyahq.beauty

A post shared by Zara Zya (@zarazya) on


Dalam pada itu, menerusi ruangan komen, rata-ratanya meminta Zara supaya tidak menghiraukan komen negatif berkenaan.

“Allahuakhbar... Abaikan je Zara… Sabar okay. Orang macam ni ada masalah hati... Nauzubillahiminzalik,” tulis @mamazie68

“Teruskan usaha Zara... Jangan mudah patah semangat... Hati kena kental Zara, cabaran bermula… Dugaan pasti ada yang penting berdoa dan bersyukur dengan rezeki yang Allah dah beri. Aminn,” komen @mohdsaiffulepul

Foto: Instagram @zarazya