Pereka fesyen terkenal Hatta Dolmat mendedahkan dirinya menghayati lirik lagu Di Matamu ketika proses menyiapkan sepersalinan pakaian buat penyanyi Sufian Suhaimi untuk Anugerah Juara Lagu 33 (AJL33).

Menurut Hatta, realitinya Sufian sudah meneruskan kehidupan ke depan cuma untuk persembahan dia perlu mengekalkan mood dan karakter lagu itu.

"Bila I buat baju Sufian, I betul-betul hayati lagu dia sangat sedih, satu perasaan yang hancur yang dibiarkan hati yang pecah, itulah konsep a broken heart suit for @sufiansuhaimi but to tell you the truth dia dah betul-betul move on, cuma nak mood dan character lagu ini kekal sebegitu," tulis Hatta.

Rata-rata pengikut Hatta memuji dengan idea yang telah dicurahkan terhadap baju tersebut malah berpuas hati dengan hasilnya.



Sufian berjaya merangkul trofi Persembahan Terbaik AJL 33 menerusi lagu terbabit.

Sufian pernah menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon Elfira Loy dan bertunang pada 6 Oktober 2017. Hubungan itu tidak panjang dan berakhir pada 18 Februari 2018.

Akhirnya, Elfira melangsungkan pernikahan dengan Faris Khairol Anuar pada 1 Januari lalu di Cyberjaya.

Bila I buat Baju sufian, I betul betul hayati lagu dia sangat sedih, satu perasaan yang hancur yang Di biarkan hati yang pecah, itu lah konsep a broken heart suit for @sufiansuhaimi_ but to tell you the truth dia dah betul2 move on, cuma nak mood Dan character lagu ini kekal sebegitu ?? #ajl33 @sufiansuhaimi_ #dimatamu #abrokenheartsuit . . “ dan ku tersandar begini meratapi hati yang telah Di LUKAI., “ I take that quotes for the inspiration for the broken heart suit Gambaran seperti apa yang imagine, hati yang pecah berdarah, merecik recik Di dada kiri. Ini bayangan Dan imaginasi I dengan mood Dan overall konsep kesedihan yang terbaik untuk lagu yang sangat memberi kesan kepada kita semua, termasuklah I

A post shared by HATTA DOLMAT (@hattadolmat_) on

Dari first jumpa discuss design, jumpa bincang konsep final overall look, sampai lah fitting, @sufiansuhaimi_ ni sangat lah humble personality nya, banyak kali lah abang cakap abang memang sangat suka lagu Di matamu, seronok proses discuss segalanya mudah dengan sufian, apa yang abang suggest, siapa yang abang suggest dia yakin, tiap kali habis dari discuss, dalam hati mesti akan cakap “ ya allah baik betul sufian ni, moga ada lah rezeki dia”. Yang abang suka dengan cara sufian, dia PERCAYA kita. Dengan family dengan kawan kawan abang pun abang cakap sufian ni baik, lagu sedap, Kerja Sama dia bagi pun bagus, tak banyak bunyi, Dia Akan cakap “okay je bang, ean okay je.” Itulah rendah diri yang buat dia Di senangi dan mendapat tempat Persembahan Terbaik #ajl33 semalam. lagu, pernyampaian syair yang merinding, penampilan, persembahan yang cukup simbolik Dan memberi kesan mendalam pada hati anda semua. Tahniah @sufiansuhaimi_ Dan seluruh team #dimatamu Dan percayalah sepanjang ini sufian sudah benar benar move on! Fuhhhh! Great team weyhh! #teamdimatamu @sufiansuhaimi_ @hattadolmatofficial @the_calla . . *syair tu sampai sekarang meremang dengar *chandelier besar slowly pusing very dramatic * “ BUANG SEGALA TENTANG KU! “ zaaassss! Kain jatuh simbolik pelamin pulak belakang.,, * pelamin pulak faded hilang satu persatu tinggal kerusi. *duduk berseorangan dikerusi, buka spec. #cukupmendalam

A post shared by HATTA DOLMAT (@hattadolmat_) on