Pelakon Lufya Omar telah dimasukkan ke sebuah hospital swasta pada awal pagi ini selepas diserang penyakit asma.

Menurut Lufya dia akui berasa letih dengan lambakan tuntutan kerja yang perlu diselesaikannya.

"Salam semua. Fya kat hospital kena asthma attack tetiba after so long tak kena.

"Maybe I'm too tired of working banyak rezeki datang (alhamdulillah) dalam satu masa so nak taknak kenalah ambil peluang ini demi masa depan diri dan anak kesayangan dan laksanakan sebaik mungkin.

"Semangat tinggi tapi mungkin tak cukup tidur dan rehat sampai flat macam ni," tulisnya.

Tambah Lufya dia menegaskan perkongsian ini bukan untuk meminta simpati daripada semua pihak.

"Anyway fya bukan nak mintak simpati tapi kalau ada kerja yang tertunda, postage jamu Jiddah Haura lambat sampai, or IG review tak sempat siap on time.

"Harap dimaafkan dan diberi masa. Mohon maaf. Doakan Fya cepat sembuh ya. Thank you," tulisnya lagi.

Rata-rata rakan artis dan peminat Lufya mendoakan agar dia segera sembuh selepas mendapat rawatan di hospital.

Kami di Gempak mendoakan agar Lufya kembali sihat seperti biasa.

Salam semua. Fya kat hospital kene asthma attack tetibe aftr sooo long tak kene. Mayb im too tired of working banyak rezeki datang (alhamdulillah) dalam satu masa so nak taknak kenelah ambil peluang ini demi masa depan diri dan anak kesayangan dan laksanakan sebaik mungkin. . Semangat tinggi tapi mungkin tak cukup tido dan rehat sampai flat macam ni. Anyway fya bukan nak mintak simpati tapi kalau ada kerja yang tertunda, postage Jamu Jiddah Haura lambat sampai , or IG review tak sempat siap on time. Harap dimaafkan dan diberi masa. Mohon maaf ? Doakan fya cepat sembuh ya. Tq

A post shared by Lufya (@lufyalaana) on