Pelawak dan penyampai radio Shuib mencuri perhatian wargamaya apabila berkongsi foto sewaktu bergelar juara Raja Lawak ketiga bersama kumpulan Sepah.

Menerusi laman sosial Instagram, Shuib memuat naik sekeping foto memegang trofi Raja Lawak di dalam sebuah kereta untuk tatapan umum.

“Tahun berapa gambar ni? #persuibofhappyness,” tulis Shuib ringkas menerusi ruangan kapsyen.

Apa yang menarik perhatian lagi adalah komen daripada pelawak Fad Bocey yang membuatkan wargamaya terhibur.

Tahun brp gmbr ni??? #persuibofhappyness

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu) on

“Ini bukan penyanyi Radja ke Ib?” tanya Fad pada ruangan komen.

Foto Shuib yang dijangka sekitar tahun 2009 itu menyerupai vokalis kumpulan pop rock Indonesia terkenal Radja, Ian Kasela.

Meninjau ruangan komen, rata-rata ramai pengikut terhibur dengan komen yang diberikan oleh Fad.

Malah, ramai juga yang turut mengusik dan memuji gaya rambut Shuib yang kelihatan lebih stail berbanding sekarang.

“Bang muka memang tak boleh bawak bincang bang. Terus terang cakap tapi apa apa pun spek tetap Brad Pitt,” komen seorang wargamaya.



“Kalau cicak jatuh atas rambut tu, boleh mati tak agak-agaknya?” tanya seorang wargamaya.

“Zaman kegemilangan Sepah ni, hahaha,” kata seorang wargamaya.

Terdahulu, Shuib bersama Jep dan Mamat mewakili kumpulan Sepah menjuari program Raja Lawak 3 pada tahun 2009.