Pengarah Tom Shu-Yu Lin mendedahkan bahawa filem The Garden of Evening Mists merupakan karya yang cukup bermakna dalam perjalanan kariernya sebagai seorang sutradara.

Ini kerana, Tom, 44, memberitahu penglibatannya dalam naskhah tersebut merupakan pengalaman pertamanya menjayakan penggambaran di negara ini.

"Saya tidak pernah membuat penggambaran di Malaysia. Ini merupakan pengalaman pertama saya apabila diberi tugas untuk mengarahkan filem The Garden of Evening Mists.

"Saya tidak tahu banyak mengenai Malaysia. Bahkan saya juga tidak tahu kisah sejarah negara ini pada mulanya," katanya kepada Gempak.



Bagaimanapun, Tom berkata, dia melihat peluang untuk mengarahkan filem ini sebagai satu permulaan yang cukup baik buatnya dalam mengetengahkan bakat di negara ini.

"Saya tidak pernah mengarahkan filem berkaitan sejarah. Jadi, apabila diberi kepercayaan begini, ia menjadi satu keterujaan buat saya.

"Walaupun ia sebenarnya sesuatu yang menakutkan untuk menjayakan projek sebesar begini, tetapi saya teruja untuk mencuba sesuatu yang baru," katanya yang merupakan pengarah kelahiran Taiwan.

#GempakLive : kata-kata dari Tom, Director filem The Garden Of Evening Mists! Jangan lupa untuk saksikan filem ini di pawagam pada 16 Januari 2020! . #TheGardenOfEveningMists #TGOEM #Astroshaw #hboasia #FINAS #夕霧花園 @tan.twan.eng @khenghua @serene_lsy @onnsancomposer @doakesdoakes @iamjohnhannah @sinjelee1234 @tomlin1976

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak) on


Filem The Garden of Evening Mists merupakan karya adaptasi novel tulisan novelis tempatan, Tan Twan Eng.

BACA: "Saya Seorang Yang Mementingkan Kesempurnaan" - Penulis Novel The Garden of Evening Mists Ambil Masa Hampir 4 Tahun

Filem tersebut mengisahkan kehidupan wanita bernama Teoh Yun Ling yang mahu membina taman Jepun demi mendiang adiknya, Teoh Yun Hong.

Bagaimanapun, Yun Ling kemudian menjalin hubungan dengan tukang kebun Jepun, Nakamura Aritomo.

Filem tersebut menampilkan barisan pelakon bertaraf antarabangsa, Sinje Lee (The Eye), Hiroshi Abe (After The Storm), Sylvia Chang (Love Education), David Oakes (Cold Skin), Julian Sands (The Girl With The Dragon Tattoo) dan John Hannah (The Mummy).

Filem terbitan Astro Shaw dan HBO Asia itu mula menemui penonton di pawagam bermula 16 Januari ini.

BACA: Baru Tengok Trailer Tapi Ramai Yang Dah Tak Sabar Nak Tonton The Garden Of Evening Mists, Filem Wajib Tengok Ni!