Personaliti media sosial, Chazynash tampil membuat permohonan maaf terbuka berhubung video memakai gelang pink di tempat awam yang tular sejak minggu lalu.

BACA: Chazynash Pakai Gelang Pink Makan Di Restoran! - "Kau Ingat Satu Gurauan Ke?"

Jelasnya, video tersebut bukan untuk memperlekehkan mana-mana pihak sebaliknya hanya lakonan semata-mata.

"Hari ni saya nak cakap pasal video gelang pink yang tengah tular sekarang ni.

"Pertama sekali saya nak minta maaf, saya tak boleh nak salahkan korang semua jika tak sependapat seperti saya bahawa video itu sekadar lawak. Saya faham...

"Tapi saya lihat ramai yang salah faham bahawa video ini prank di tempat awam.

"Untuk pengetahuan semua itu bukan video prank. Semua berlakon, 100 peratus staged termasuk orang di sekeliling, semua kawan-kawan dan buat di set lakonan.

"Saya buat video itu bukan nak memperlekehkan mana-mana pihak. Video itu hanya syok-syok sahaja.

"Sebab content saya kebanyakannya macam tu.

"Tapi apapun saya tetap nak minta maaf kepada korang semua sebab buat ramai orang duduk tak senang," tulisnya di Instagram.

Buang yang keruh, ambil yang jernih.

A post shared by Chazynash (@chazynash) on


Terdahulu tular aksi instafamous itu yang memakai gelang pink di sebuah restoran hingga mencetuskan panik dalam kalangan netizen.

Sekadar lakonan sahaja.. semua pelakon di dalam video ni. Bukan prank kat tempat awam. Sama macam video2 saya sebelum ni, ? berlakon. ???

A post shared by Chazynash (@chazynash) on