"Insya-Allah Kami Akan Menjalankan Tanggungjawab Kami" - Aiman Tino Dilantik Sebagai Ikon Anti Dadah

Penyanyi Aiman Tino dilantik sebagai ikon anti dadah di bawah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Perkara itu dikongsi menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.

Menurut Aiman, dia bersyukur kerana dipilih menjadi ikon tersebut bersama beberapa rakan artis yang lain.

"Alhamdulillah, hari ini kami dan rakan-rakan artis yang lain telah diangkat sebagai ikon anti dadah.

"Insya-Allah kami akan menjalankan tanggungjawab kami sebagai ikon," tulisnya sebagai kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut Aiman mengucapkan tahniah kepadanya.

Alhamdulillah. Hari ini kami dan rakan2 artis yang lain telah di angkat sebagai ikon Anti Dadah . Insyaallah kami akan menjalankan tanggungjawab kami sebagai ikon ?

A post shared by ItsManno (@official_aimantino) on


Sedikit info mengenai Aiman, penyanyi kelahiran Selangor ini mulai aktif di industri hiburan tempatan pada tahun 2016 dan berjaya mengekalkan popularitinya sehingga kini.