Usahawan yang kini bergelar penyanyi, Iqbal Zulkefli yang kini berada di Indonesia akui teringin pulang ke tanah air menjenguk kawasan banjir.

Iqbal juga berharap agar mereka yang terkesan terus kuat menghadapi ujian dan orang ramai saling bekerjasama untuk membantu.

"Jika boleh, saya mahu pulang ke Malaysia sebentar, mungkin 3-7 hari untuk jenguk tempat banjir.

"Di saat ramai diuji kesusahan, bertimpa lagi ujian sebegini, semoga kuat semangat, terus bekerjasama saling meringankan.

"Berkorban untuk orang lain, pasti hari susah kita akan dipermudahkan kelak," coretnya di Instagram Story.

Dalam pada itu, Iqbal juga menasihati orang ramai yang terkesan bahawa ujian Allah SWT tentunya akan berakhir dengan kebaikan.

"Serendah hati saya, walaupun tidak melalui sendiri, tabahkan hati, percaya bahawa tiada ujian yang akan berakhir dengan yang tidak baik.

"Jaga diri, orang sekeliling dan berdoa semoga dijauhkan dari hal yang tidak baik. Allah jaga kita, Insya-Allah, Amin," tulisnya lagi.



Terdahulu, Iqbal memaklumkan akan berada di negara jiran tersebut untuk satu tempoh panjang atas tujuan kerja dan mencari ketenangan di luar Malaysia.

BACA: Tayang Video 'Humble' Di Indonesia, Iqbal Dikecam Lagi - "Selama Ni Awak Anak Raja Ya?"