Selebriti popular, Awal Ashaari berkongsi tentang bapanya yang telah mengambil suntikan vaksin COVID-19.

Menurut Awal, bapanya, Ashaari tidak mengalami sebarang kesan sampingan selepas menerima dos pertama vaksin Pfizer baru-baru ini.

"Untunglah ada orang tu dah complete vaksin dia, nak pergi mana tu? Pergi Mekah ke Europe?

"Terima kasih @kkm dan @officialmosti! Alhamdulillah.

"So far Abah kata dia 'kuat' lepas vaksin pertama Pfizer hari tu, tiada kesan sampingan dan komplikasi," tulisnya di Instagram.

Dalam pada itu, Awal juga gembira kerana bapanya bakal memasuki usia 82 tahun tidak lama lagi dan menganggap ia adalah hadiah hari lahir istimewa daripada kerajaan.

"Alhamdulillah, he is turning 82 next month! ni kira hadiah hari jadi paling best untuk Abah dari kerajaan Malaysia," tulisnya lagi.

Suami kepada aktres Scha Alyahya ini juga tidak lupa menasihati orang ramai yang bimbang tentang pemberian vaksin terhadap ibu bapa mereka, katanya, nasihat doktor atau mereka yang pakar amatlah diperlukan.

"Untuk yang ragu-ragu nak kasi parents diorang ambil vaksin tu, Awal cadangkan cuba consult doktor atau yang pakar.

"Jangan baca Whatsapp group atau tengok video-video yang orang forward tu semua, entah betul ke tak kita tak tahu," tulisnya lagi.

Awal juga berharap kesihatan bapanya itu baik-baik sahaja selepas menerima dos vaksin kedua semalam.

Meninjau ruangan komen entri tersebut, rata-rata pengikut Awal meninggalkan respon positif dan tumpang gembira membaca perkongsian bintang kesayangan ramai itu.

A post shared by Awal Ashaari ® (@awalashaari)


Sebagai rakyat Malaysia, marilah kita sama-sama menunaikan tanggunjawab dengan mematuhi semua SOP yang ditetapkan dan mendaftar vaksin bagi menghentikan penularan wabak COVID-19 di negara kita.