Pihak berkuasa di Jerman kini sedang menyiasat puluhan ribu kes pemalsuan sijil vaksin COVID-19 di negara mereka.
Tindakan pemalsuan ini dicetuskan oleh motif politik, memandangkan ramai rakyat di negara berkenaan enggan mengehadkan pergerakan mereka semasa pandemik COVID-19, dan tidak mahu divaksin.
Berdasarkan laporan agensi berita AP, polis Jerman sedang giat menyiasat sekurang-kurangnya 12 ribu kes pemalsuan vaksin di pelbagai wilayah.
Kes pemalsuan semakin meningkat sejak Disember 2021, apabila kerajaan persekutuan melaksanakan dasar melarang orang yang tidak divaksinasi memasuki kawasan awam seperti kedai, restoran dan pawagam.
Menerusi laporan VICE World News pula, sijil vaksin palsu yang dicetak dalam bentuk kod QR, dijual secara bebas di pelbagai platform media sosial untuk pengguna berbahasa Jerman.
Dalam laporan sama, salah seorang daripada penjual ditemui pada aplikasi pemesejan Telegram dan menjual kod berkenaan pada harga €150 (RM712).
Jerman sebenarnya telah mengeluarkan amaran jenayah dan sekatan serius bagi mereka yang menjual atau menggunakan sijil vaksin COVID-19 palsu. Risikonya terdiri daripada denda sehingga dilucutkan hak mereka untuk bekerja.
Hal ini berlaku kerana populasi anti-vaksin di Jerman agak besar. Menurut mereka, kewajiban menerima vaksin adalah pelanggaran hak asasi individu selain merampas kebebasan mereka. Disember lalu, seorang lelaki di Jerman membunuh keluarganya sendiri, sebelum membunuh diri, kerana enggan diberi vaksin.
Data yang dikeluarkan kerajaan Jerman menunjukkan jenayah yang dicetuskan oleh keengganan untuk membendung sekatan COVID-19 dan vaksin mandatori meningkat 6 peratus setakat bulan ini.
Terdapat sejumlah 47,303 kes jenayah sepanjang Januari yang bermotifkan keengganan orang ramai untuk divaksin atau mengamalkan penjarakan sosial.
Menurut data terkini, lebih 73 peratus penduduk di Jerman telah menerima dua dos suntikan vaksin COVID-19, manakala 48 peratus penduduk telah menerima dos penggalak.
Terdahulu, tiga pekerja di sebuah klinik swasta dan lima orang awam di Johor Bahru di tahan selepas dipercayai menjual dan membeli sijil digital vaksin palsu.
Menerusi laporan Astro Awani, sijil berkenaan dijual sekitar harga RM300 hingga RM650 sekeping.
Kredit photo: Markus Winkler dan Hakan Nural (Unsplash)
Izwan Isa
Sun Jan 23 2022


Akhirnya Terjawab! Bella Astillah Dedah Mesej Sophia Albarakbah - “Inilah Sebabnya Dia Tak Nak Involve Satu Malaysia”
Tak sangka macam tu...

Prihatin Dengan Nasib Mangsa Keganasan Rumah Tangga, Sufian Suhaimi Lancar Tabung Kasih - “Melihat Keadaan Puan Jahidah Yang...”
Kisah yang menyayat hati...

FAKHRI HIGH COUNCIL BANTAI WARTAWAN | Lawak Atau Koyak S2
Wartawan masuk air #LawakAtauKoyak ni buat Mierul Aiman menyirap. Soalan buat naik angin. Sikit lagi nak kena bantai.Kalau dekat asrama memang dah kena kurung dalam locker si Kecik ni. #HighCouncil
_2.png?ext=.png)
Akibat Lama Tidak Berlakon, Remy Ishak Alami Masalah Takut Berjumpa Orang; “Saya Kena Kembalikan Semangat Saya…”
Semoga semangat Remy kembali
![[VIDEO] “Terima Kasih Sebab Hormat” - Jennie Blackpink Dipuji, Pakai Hijab & Baju Longgar Ketika Melawat Masjid [VIDEO] “Terima Kasih Sebab Hormat” - Jennie Blackpink Dipuji, Pakai Hijab & Baju Longgar Ketika Melawat Masjid](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/gambar/video-terima-kasih-sebab-hormat-jennie-blackpink-dipuji-pakai-hijab-baju-longgar-ketika-melawat-masjid.jpg?ext=.jpg)
[VIDEO] “Terima Kasih Sebab Hormat” - Jennie Blackpink Dipuji, Pakai Hijab & Baju Longgar Ketika Melawat Masjid
Comelnya Jennie.
_2.png?ext=.png)
Mat Sabu Dahului Anugerah Datuk Seri, Atlet Boling Negara, Shalin Kini Bergelar Datuk
Tahniah
.png?ext=.png)
Disindir Suami Fatin Afeefa, Ini Komen Adam Shahz - "Saya Rasa Lebih Baik..."
Adam Shahz tampil komen mengenai video diperli suami Fatin Afeefa

Hello Shah Alam! Jom Temui Uqasha Senrose, Siti Nordiana, Ella & Puteri Aishah Pada Ahad Ini
Jom meriahkan!
_2.png?ext=.png)
Titi DJ Pamer Wajah Sebelum & Selepas Pembedahan Plastik: “Rasa Macam Rambut Tercabut Satu Per Satu”
Lain ke tak?
_1.png?ext=.png)
Dituduh Lelaki Gay, Atiq Azman Mahu Ambil Tindakan; “Standby Nak Saman, Jangan…”
Atiq tegas!