Penyanyi Shahir Zawawi mendoakan kesejahteraan bekas kekasihnya, aktres Erra Fazira seandainya benar sudah mengahwini seorang ahli politik seperti yang dihebohkan sebelum ini.

BACA: "Just Keep Going" - Didakwa Dah Kahwin Jadi Isteri Kedua Ahli Politik, Erra Fazira Tampil Respon

Jelas Shahir, 33, dia tidak terkejut mahupun kecewa, malah tumpang gembira dan mendoakan kebahagiaan Erra.

"Saya tak pasti dan tak tahu kesahihan gosip itu tapi memang ada dengar-dengar juga. Sebenarnya saya sibuk dengan urusan kerja saya.

"Jadi saya pun tak pasti sebab kadang-kadang cerita yang keluar tu pun ada orang yang sampaikan kepada saya. Bagi saya, kalau dia kahwin, benda itu baik.

"Bukannya kena tangkap... kalau benda baik, tak perlu terkejut. Yang penting doa yang baik-baik. Saya tidak berasa kecewa malah mendoakan kebahagian dia.

"Kalau kita ikhlas berkawan dengan seseorang dan bila sesuatu perkara baik terjadi pada dia, sudah tentu kita patut gembira," katanya kepada Gempak.

Shahir ditemui di majlis pelancaran program realiti Al-Hijrah di Oakwood Hotel & Resident, Kuala Lumpur pada Selasa.

Sekitar awal Oktober lalu, timbul gosip mendakwa Erra sudah menjadi isteri kepada seorang ahli politik dari Perak.

Kontroversi ini mula bertiup kencang apabila seorang pengguna Twitter memuat naik ciapan mendakwa primadona filem Melayu itu sudah menjadi isteri kedua ahli politik itu.

Bagaimanapun Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, 47, menegaskan dirinya masih bergelar ibu tunggal dan memohon orang ramai agar berhenti membicarakan soal statusnya.

BACA: Erra Masih 'Solo', Faizal Kahwin Hanya Sekali

BACA: Sumber Terdekat Nafi Erra Fazira Sudah Berkahwin - "Kalau Sekadar Berkawan, Saya Kurang Pasti"


Sementara itu, Shahir mengakui masih berhubung dengan Erra atas dasar kawan rapat dan perbualan mereka tidak pernah menyentuh isu peribadi atau bertanyakan kesahihan gosip itu.

"Kali terakhir kami berbual-bual sekitar tiga hari lalu tapi saya tidak pula bertanyakan fasal gosip itu," katanya.

Dua tahun lalu, Erra pernah membuat pengakuan hubungannya dengan juara Akademi Fantasia musim kelapan itu sudah berakhir namun masih bersahabat baik.

BACA: "Kami Masih ..." - Erra Fazira Jelas Hubungan Dengan Shahir Zawawi

Shahir bakal tampil dengan single terbaharu selepas tamat rancangan realiti pertandingan nyanyian yang berentap bersama Datuk Nash, Iwan Shahman, Mark Adam, Pangeran Adam, Zaf VE, Zack Kool dan Rahmad Mega.

Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!
!Telegram Gempak***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran