Pelakon, Datin Rebecca Nur Al Islam menyatakan kesudiannya untuk menjaga bayi yatim piatu Muhammad Arfan Ziqri, yang kehilangan ibu bapa dalam kecelakaan jalan raya baru-baru ini.

Rebecca menerusi perkongsian di laman sosial Instagram (IG) berkata, dia mahu menjaga Arfan sekiranya tiada waris berbuat demikian.

“Kalau tiada waris yang boleh menjaga anak ini, please Mummy Becca Nak Jaga... #ComelnyaAwakSayang,” tulisnya.

Terdahulu Pencetus Ummah (PU) Amin telah memuat naik mengenai ujian dihadapi bayi berusia dua tahun tersebut yang kemudiannya dikongsi semula Rebecca.

Ibu bapa Muhammad Arfan, Lans Koperal Muhammad Syakiran Shamsuddin, 30, yang bertugas di Balai Polis Seksyen 6, Shah Alam, dan Nurul Ashikin Kamaruddin, 27, meninggal dunia selepas motosikal ditunggang mereka merempuh belakang sebuah lori dalam kejadian di Jalan Syed Putra, Kuala Lumpur, 29 Oktober lalu.

Afan kemudiannya menjadi tular kerana sekelip mata bergelar yatim piatu selepas kemalangan menyayat hati itu.

Kalau Tiada waris Yg boleh Menjaga anak Ini,Please ???Mummy Becca Nak Jaga❤️... #ComelnyaAwakSayang... Ya Allah,Berat Mata Memandang Berat Lagi Bahu Yg memikul??Salam Takziah kepada Ahli Keluarga anak Ini,Dan Al Fatihah Buat Kedua Ibu Dan bapanya.... . . Posted @withrepost • @pencetusummah_amin Kamu baru 2 tahun , tapi Allah dah ambil ayah dan ibu ke Syurga . Duhai anak , simpan semua doa doa yang kami kirimkan buat ayah ibu mu ini untuk dijadikan kekuatan dalam hidup mu bila dah besar nanti.. . Pada yang ada anak usia 2 tahun di akan tahu bagaimana manja nya anak anak ketika usia ini , tidur , bermain , makan semua nak bersama ayah ibu nya , tapi tidak bagi afan.. . Ya Allah ! Hanya pada mu kami berserah , kau lindung anak ini , kau cukupkan segala kelengkapan untuk diri nya agar menjadi manusia yang baik ! Ya Allah ! Besar ujian ini pada afan , pelihara anak ini Ya Allah, Hanya pada Mu Ya Allah kami berlindung !.. . Ibu dan ayah afan kemalangan dan meninggal dunia di Jalan Syed Putra KL . Hasil bedah siasat arwah ibu afan mengandung kembar . Ayah nya seorang l/k polis dan ibunya seorang pegawai jkr.. . Saya mohon rakan rakan semua bantu saya doakan kebaikan untuk afan dan bacakan Al Fatihah untuk kedua ibu bapanya ❤️

A post shared by ❤️AllahSwt❤️RasulullahSaw (@rebeccanuralislamahmad) on