Isteri kepada pendakwah bebas PU Abu Sufyan, Hana Azraa memberikan bayangan seolah-olah mereka kini sudah tidak lagi bersama.

Menerusi sesi ruangan soal jawab bersama peminat di Instagram Stories, Hana memberitahu mereka kini sudah membawa haluan masing-masing.

"Kami dah bawa haluan masing-masing," jawab Hana ketika ditanya statusnya dengan Abu.



Malah, ketika ditanya perasaannya melahirkan anak bersendirian tanpa suami di sisi, Hana hanya berserah pada Allah.

"Fokus nak bersalin je. Selawat, zikir banyak-banyak. Insya-Allah dan Alhamdulillah Allah permudahkan," katanya.

Sementara itu, Hana menyifatkan setiap kecaman yang diterimanya daripada netizen saban waktu adalah ujian Allah.

"Saya tak tahu apa yang telah mereka (netizen) lalui dalam hidup begitu juga mereka, tak tahu pun apa yang sudah saya lalui.

"Jadi, biarlah apa yang mereka nak kata atau nilai tentang saya. Saya tunjuk dan kongsikan apa yang saya rasa nak tunjuk.

"Yang lain biarlah jadi simpanan peribadi. Setiap perkara yang terjadi pasti bersebab.

"Allah tahu segalanya. Allah tak pernah tidur. Dia tahu yang terbaik untuk hamba-Nya," jawabnya.



Sebelum ini, pada Januari lalu Hana mendedahkan suaminya telah berlaku curang kepada bersama seorang wanita.

Namun pada 1 Februari lalu usahawan itu telah melahirkan zuriat hasil perkongsian hidup mereka.

Kisah rumah tangga pasangan itu menjadi buah mulut ramai apabila Abu mencurangi bekas isterinya, Ain Afini Latif ketika wanita itu sedang sarat hamil anak pertama mereka.