Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menjadi mangsa terbaru kecaman netizen.

Semuanya gara-gara kehadiran beliau sebagai tetamu kehormat bagi membacakan khutbah nikah dan tazkirah ringkas pada majlis pernikahan Neelofa, 32, dan pendakwah bebas, Haris Ismail, 26, Sabtu lalu.

Menerusi pemantauan Gempak di Twitter, rata-rata netizen mengambil kesempatan untuk menyuarakan pandangan mereka berhubung kepatuhan SOP pada majlis berkenaan.

Kebanyakan mereka mahukan jawapan secara telus mengenai kejadian berkenaan.

Malah, ada di antara mereka dilihat ‘lepas geram’ susulan perlaksanaan merentas negeri yang masih belum dibenarkan.

“Kami mahukan jawapan.”

“Betul ke tiada SOP, ada penjelasan tak”

“Artis kebal dari COVID ke”

“Aku ni menganggur kat KL lebih tiga bulan, tak boleh tau sebab SOP,” tulis beberapa netizen.

Walaubagaimanapun, masih ramai juga menganggap Dr Zulkifli sekadar mangsa keadaan.

“Menteri ikut SOP, orang lain tak ikut, kenapa dia yang kena,” tulis seorang pengguna Twitter.

Terdahulu, majlis pernikahan Neelofa mencetuskan perbualan ramai apabila dikatakan tidak mengikuti prosedur operasi standard (SOP).

Susulan itu, polis kemudian telah membuka kertas siasatan dan akan memanggil penganjur majlis pernikahan tersebut.

BACA : Polis Siasat Majlis Perkahwinan Neelofa & PU Riz

Sekadar info, pada Sabtu, Neelofa, dan PU Riz, selamat bergelar suami isteri dalam sebuah majlis tertutup serba putih yang diadakan di hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur.

Majlis yang terdiri daripada 200 tetamu itu dihadiri teman-teman rapat selebriti dan ahli keluarga kedua-dua belah pihak.