gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Berdepan Hutang RM4.65 Juta, Fazura Masih Jual Tudung & Sold Out
VIRAL
Ramai Melenting Cadangan Mandulkan Lelaki Miskin Kekang Kelahiran, Gabenor Tampil Jawab Balik - "Saya Cuma Ajak, Tak Paksa..."
HIBURAN
Vivy Yusof Ubat Rindu Kembali Tulis Blog, Peminat Perlu Langgan USD5 Sebulan
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
LAMAN UTAMA

“Kecelaruan Personaliti Selalunya Bermula Ketika Remaja Atau Awal Dewasa” - Pakar

gempak
Izwan Isa
06/11/2021
06:50 MYT
Sponsor Banner
“Kecelaruan Personaliti Selalunya Bermula Ketika Remaja Atau Awal Dewasa” - Pakar
Menerusi drama bersiri I-Tanggang yang disiarkan di Astro, banyak karakter dengan masalah yang tersendiri diketengahkan oleh pengarah dan penulis skrip. Selain masalah Munchausen Syndrome by Proxy (MSBP), terdapat juga masalah-masalah kesihatan mental lain yang diangkat dalam karya berkenaan.
Hal ini kerana, setiap individu mempunyai perwatakan yang berbeza dan masing-masing mempunyai personaliti tersendiri yang membentuk cara-cara seseorang itu berfikir serta berinteraksi dengan persekitarannya dalam menjalani kehidupan harian.
Namun, ada segelintir masyarakat yang bergelut dengan masalah kecelaruan personaliti. Pensyarah Kanan dan Pakar Psikiatri, Jabatan Perubatan Psikologi Fakulti Perubatan Universiti Malaya, Dr Aida Syarinaz Ahmad Adlan berkata, kecelaruan personaliti adalah sejenis kecelaruan mental di mana seseorang individu itu mempunyai corak pemikiran, imej diri serta fungsi dan tingkah laku yang tidak fleksibel.
“Persepsi dan fahaman mereka tentang sesuatu situasi atau keadaan selalunya berbeza dari individu normal. Justeru itu, kesukaran mereka dalam menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi, terutamanya apabila berdepan dengan tekanan, boleh menimbulkan masalah dari segi perhubungan dan komunikasi, kehidupan sosial serta pekerjaan mereka.
“Seperti dalam drama I-Tanggang, watak Esra bertindak tidak mahu ke sekolah, mungkin kerana beliau berdepan dengan situasi yang sukar, yang melibatkan kegagalan mengawal diri, dan beliau tidak dapat mengatasinya dengan baik,” katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu Dr Aida menambah, kecelaruan identiti seseorang tidak boleh dikesan pada usia kanak-kanak, dan hanya boleh didiagnosis selepas seseorang itu menjangkau usia 18 tahun.
“Kecelaruan personaliti selalunya bermula ketika remaja atau awal dewasa, namun ia hanya boleh didiagnosis selepas seseorang itu berusia 18 tahun, kerana secara teknikalnya, personaliti seseorang itu belum lagi terbentuk sepenuhnya sebelum berusia 18 tahun.
“Antara faktor yang boleh menjerumus kearah pembentukan kecelaruan personaliti adalah faktor genetik, kejadian trauma atau tekanan hidup yang berpanjangan, kehidupan zaman kanak-kanak yang sukar, contohnya keadaan keluarga yang tidak stabil, atau pernah didera dan diabaikan,” katanya lagi.
I-Tanggang mengisahkan tentang Khalil Rayyan atau Khay, penghidap kanser yang memerlukan kerusi roda untuk bergerak. Erma, ibu kepada Khay pula merupakan seorang influencer (pempengaruh) media sosial, penulis buku dan penjual minyak aromaterapi yang berjaya.
Konflik tercetus apabila Khay bertemu dengan dua rakan virtualnya, Royal-E (Esra) dan CapeqRyder (Syafiq) lalu menubuhkan kumpulan sembang ‘I-Tanggang’.
Dilakonkan oleh Faizal Hussein, Sherie Merlis, Danish Hazriq, Nadhir Nasar, Emma Sofea, Emelda Rosmila, Wan Raja, Zarina Zainuddin, Sofia Jane dan Andy Teh drama I-Tanggang disiarkan setiap Isnin, bermula 13 September 2021 pukul 9 malam di Astro Citra.
Kredit foto: Fernando @cferdo (Unsplash)
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak! Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!
Topic Berkaitan
#Kesihatan
#Mental
#Kesihatan Mental
#I-Tanggang
Must-Watch Video