Sejak kebelakangan ini, pengacara Ahmad Fedtri Yahya sering dilihat berkongsi keluhan-keluhan jiwa para pengikutnya di laman sosial untuk dibincangkan secara terbuka.

Terbaharu, seorang pengikut Fedtri berkongsi kisah tentang ibu bapanya yang meminta dia dan adik-beradiknya yang lain untuk membuat pinjaman peribadi bagi membalas jasa mereka.

A post shared by AHMAD FEDTRI YAHYA (@fedtriyahya)


“Saya ada persoalan. Dan sedikit luahan. Bagi orang lain hari gaji adalah hari dinantikan, tapi sebaliknya bagi saya. Setiap bulan hari gaji mesto akan jadi isu. Ibu bapa saya seolah mewajibkan setiap anak buat loan RM50,000 untuk balas jasa mereka.

“Kakak dan abang saya dah buat RM50,000 seorang, jadi mereka nak saya juga buat loan sedangkan saya tak mampu nak komitmen tinggi sebab bila kira gaji saya tolak komitmen semua tinggal lebih kurang RM35 je, belum campur sakit demam,” tulisnya.

Dalam pada itu, individu berkenaan turut memberitahu yang ibunya pernah berkata kepadanya sebab dia tidak menimang cahaya mata kerana memberi wang yang tidak banyak kepada mereka.

“Tapi jujur saya tak mampu kerana saya pun masih ada hutang PTPTN dan sekarang sudah berkeluarga; komitmen kereta dans ara hidup di kota yang sangat tinggi. Namun ibu bapa seolah tak dapat terima dan menganggap saya tak kenang budi.

“Ada satu tahap ibu cakap saya tak dapat anak sebab saya bagi duit bulanan RM200 atau RM300 je sebulan. Apa perlu saya buat? Untuk pengetahuan saya masih lagi baru kerja… bantu saya,” tulisnya.

Meninjau ruangan komen, rata-rata menyelar tindakan ibu bapa yang dianggap tidak ada nilai simpati dalam diri. Ada juga yang berpendapat bahawa ibu bapa bukan dana kecemasan dan anak-anak bukan dana persaraan.

“Mak Pak dia lupa… anak tu bukan hak milk Mak Pak tapi hak Allah. Kita ni jadi orang tua hanya dapat amanah titipan sahaja. Bila-bila masa Allah boleh ambil. Apa hal anak kena balas jasa bagi imbalan balik. Anak boleh berdikari jadi anak yang soleh solehah pun dah alhamdulilah sangat. Kelak boleh tolong kita dengan doa-doa dia orang,” tulis seorang netizen.

“Saya pernah bangkitkn isu ini. Di mana mak bapak selalu hantr anak-anak ke kem-kem baiki sahsiah diri kononnya. Tapi mak bapak sendiri, tak tambah ilmu seiring dengan pertambahan umur. Semoga kita jadi ibu bapa yang rasional dan berpendidikan,” getus seorang lagi pengguna media sosial.

“Ya Allah… Kenapa buat anak-anak sampai mcm tu… Kepada mak ayah, cuba la fikir balik. Banyak benda lagi kat dunia ni yang boleh si anak balas budi kamu berdua. Banyaknya dengan cara sebegini. Tak betul ni,” kata netizen lagi.