Hiburan
“Kena Pakai Mask, Mekap Muka Separuh Je La Kan? Jimat!” - Netizen Usik Majlis Perkahwinan Norma Baru
Sebuah perunding perkahwinan telah mencadangkan prosedur operasi standard (SOP) majlis perkahwinan bagi pasangan pengantin yang ingin melansungkan perkahwinan dalam situasi pendemik COVID-19.
Memetik laporan Awani, perunding perkahwinan The Venue membuat perancangan majlis perkahwinan norma baru ini jauh berbeza dengan keadaan sebelum pendemik.
Setiap tetamu perlu mengenakan pelitup muka, mendaftar sebelum memasuki dewan dan mengamalkan penjarakan sosial.#AWANI745: Cadangan SOP Normal Baharu Majlis Perkahwinan#NormalBaharu #DisiplinMalaysia mampu #HapusCOVID19 pic.twitter.com/pxqiKOIaNs— ??Astro AWANI?? (@501Awani) June 4, 2020
Tuan rumah pula akan berada di atas pentas pelamin jadi tidak akan ada sesi bersalam-salam bersama tetamu.
Malah, pasangan pengantin juga perlu mengenakan pelitup muka dan duduk jarak satu meter di antara satu sama lain di atas pelamin.
Dari segi jamuan makan, juadah disediakan dalam bentuk pek jadi tetamu umpama ‘drive-thru’ sahaja, mengambil pek juadah kenduri dan cenderamata sebelum pulang.
Hasil tinjauan Gempak di ruang Twitter, cadangan majlis perkahwinan norma baru ini mengundang pelbagai komen daripada wargamaya.
Ada yang merasakan langkah SOP yang diambil adalah bijak namun tidak kurang juga yang mengkritik norma baru tersebut.
“Yang aku pelik pengantin pun kene penjarakan sosial ke, mustahillah balik rumah tak berpeluk,” komen seorang wargamaya.
“So pengantin kena mekap muka separuh je la kan? Jimat kos mekap,” kata seorang wargamaya.
“Buat yang wajib je dah, nikah dengan pelamin ringkas, MUA dan jurufoto. Muat naik kat laman sosial. Simpan duit untuk survive lepas kahwin. Pandemik ni masih jauh. Zaman gawat ni, Cash is King. Jangan lupa mintak hantaran emas, bukan barang branded. Emas tu jadi aset bila waktu sesak nanti,” cadang seorang wargamaya.
“Macam ni baik tak payah buat. Tempah makanan lepas tu bungkus, bagi kat jiran tetangga je la. Nak sanding buat waktu nikah tu. Ambil pelamin dengan baju kahwin panggil photographer snap gambar,” cadang seorang wargamaya.
“Naik atas pentas nak begambar dengan pengantin tapi gaya dia macam nak naik pentas ambil scroll time konvo,” kata seorang wargamaya.
“Masing-masing tak relaks ye dengan kerja kahwin tu. Biarlah diorang nak kahwin mcm mana pun. Duit diorang. Diorang mampu. Korang buat hal sendiri sudah. Hebat ye jadi makcik pakcik bawang ni,” tegur seorang wargamaya.
“Terus rasa taknak kahwin bila tengok kena buat camni,” komen seorang wargamaya.
“Amboi sedapnya mulut yang komen “tak payah kahwin lah time mcm ni” korang kena ingat, photographer wedding sangat lah mengharap semua ni jalan,” luah seorang wargamaya lagi.
Must-Watch Video