Pelakon Sharifah Sakinah reda apabila namanya bertukar menjadi nama penyanyi Wany Hasrita.

Kejadian itu berlaku menerusi rancangan Komuniti Awani apabila Sakinah menunjukkan skillnya bergelar seorang pembaca berita yang bersiaran di Astro Awani, 8 Jun lalu.

Sakinah atau nama sebenarnya Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired, 30, berkongsi gambar itu di laman Instagramnya dengan kapsyen tertulis “reda dengan takdirnya.”

Redha dengan takdirnya .

A post shared by Sharifah Sakinah Al-Khaired (@sharifah_sakinah) on


Rata-rata netizen dari kalangan peminat serta rakan selebriti turut sama ‘membahan’ pertukaran nama itu.

Malah, Wany Hasrita sendiri turut memberi komen memohon maaf atas insiden itu.

"Oh anginnnnn ke?" tulis pengacara dan pelakon Sherry Al-Hadad manakala Marsha menyuruh Sakinah untuk menyanyi.

Menerusi video berdurasi 11 minit itu, Sakinah berkongsi beberapa kisah inspirasi komuniti antaranya resepi karipap bonda yang menjadi sumber rezeki seorang usahawan serta World Quran Hour.

hmmm lepas ni jadi penyanyi pulak lah

A post shared by Sharifah Sakinah Al-Khaired (@sharifah_sakinah) on


Terdahulu, video Komuniti Awani turut menarik perhatian netizen apabila penyanyi Stacy salah menyebut perkataan pertubuhan menjadi persetubuhan.

Komuniti Awani menampilkan selebriti-selebriti seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Misha Omar, Wany Hasrita, Stacy dan ramai lagi sebagai pembaca berita yang membawakan kisah-kisah menarik daripada komuniti.