Graduan pemenang Anugerah Pelajaran DiRaja UTeM (Pingat Jaya Cemerlang), Nahvin Muthusamy, baru-baru ini secara terbuka berkongsi tentang sistem pelajaran negara yang dianggap kurang adil terhadap golongan minoriti ketika berucap di Majlis Konvokesyen Universiti Teknikal Malaysia Melaka ke-19.

Dalam ucapan tersebut, Nahvin menceritakan tentang bagaimana seorang rakannya yang berbangsa India, mengalami kesunyian dan kemurungan akibat tidak diterima masuk ke matrikulasi walaupun mendapat keputusan yang baik.

BERITA TRENDING: Parents Toksik! Minta Separuh Gaji Anak-Anak, Paksa Buat Loan & Bayarkan Komitmen Bulanan - "Kitorang Dah Tak Tahan"

“Apabila keputusan SPM kami diumumkan, saya mendapat satu A lebih daripada dia. Walaupun kami mempunyai kelayakan yang hampir sama kecuali satu A tambahan saya diterima masuk ke program matrikulasi manakala kawan saya tidak.

“Dia berasa kalah seolah-olah ini akhir kehidupannya. Dia mula merasa kesunyian dan mengalami kemurungan kerana dia percaya dirinya tidak mencukupi,” ujar Nahvin.

Tegas Nahvin lagi, dia berharap agar negara memilih sistem meritokrasi dalam pendidikan di mana sesiapa yang layak akan diterima untuk menyambung pelajaran di peringkat lebih tinggi tanpa mengira kaum.

“Kita perlu berikan keutamaan dalam meritokrasi dalam sistem pendidikan kita bukannya sistem kuota yang diperkenalkan oleh parti-parti politik untuk memecah belahkan dan memisahkan kita.

“Dengan meritokrasi, sesiapa yang layak akan diterima masuk tanpa mengira latar belakang mereka,” kata Nahvin.

A post shared by BFM 89.9 The Business Station (@bfmradio)



Sekadar info, Nahvin Muthusamy merupakan graduan yang berasal dari Negeri Sembilan dan melanjutkan pelajaran dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Kecerdasan Buatan) dengan keputusan PNGK 3.89.

Sumber: Instagram