Pelakon Daler Yusuf memohon orang ramai mendoakan keadaan neneknya yang berada dalam keadaan kritikal selepas disahkan positif COVID-19.

Daler memaklumkan berita itu menerusi posting terbaharu di akaun Instagramnya sebentar tadi.

Menurut Daler, doktor memaklumkan keadaan paru-paru neneknya kini berada dalam keadaan teruk.

“Assalamualaikum semua, nenek Daler positive COVID 19 and she is in a critical situation kat Uzbekistan.

“Dia currently dalam keadaan coma dan doktor cakap paru-paru dia dalam keadaan teruk. Daler tak tahu nak buat mcm mana. Tolong doakan untuk nenek saya please,” maklumnya.

Assalamualaikum semua, nenek Daler positive COVID 19 and she is in a critical situation kat Uzbekistan. Dia currently dalam keadaan coma dan doktor cakap paru paru dia dalam keadaan teruk. Daler tak tahu nak buat mcm mana. Tolong doakan untuk nenek saya please. ☹️?

A post shared by Daler Yusuf (@daleryusuf) on


Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata pengikutnya juga meluahkan rasa bimbang dan mendoakan keadaan nenek Daler.

“Allahuakbar... Syafakallah semoga nenek Daler diberi kesembuhan sebaiknya. Amiin,” tulis @norhayatimohdshariff

“Semoga Allah memberikan syifaq buat nenek @daleryusuf dan keajaiban untuk pulih dari COVID-19 walaupun pada usia sebegitu sangat tipis sekali... Semoga ada keajaibannya,” doa @officialsheshe